Tuesday, February 24, 2009

Family First??

Kalau anda diberi pilihan, family atau career yang menjadi keutamaan?? Sebagai guru dan pendidik, sekolah bagai rumah kedua dan murid-murid serta warganya bagai keluarga kedua. Namun rumah dan keluarga sendiri tetap segala-galanya bagi kita.

Dua tiga hari ni aku rasa agak serabut sikit..mana taknya, anak sulung hari ni dah 5 hari demam tak kebah2!risau la plak..dengan kes denggi dan chiku yang kembali menyerang area SP ni, aku jadi risau sangat! anak sulung aku ni sebenarnya seorang yang sgt2 ceria dan banyak cakap..setiap hari bila aku ambil dia dari PASTI, ada saja cerita
dan benda baru yang nak dikongsi bersama!biarpun masa tu aku letih dan penat baru balik sekolah, tapi keletah anak yang satu ni buat aku jadi terhibur..org lain pun rasa mcm tu la jugak kan? tapi dah hampir 6 hari aku rasa sunyi tanpa celoteh tu..

Dua hari, Ahad dan hari ini aku bawa dia ke sekolah..kemarin aku ambik cuti!aku tak sanggup nak letak dia kat PASTI tu..demam dia kuat dan aku susah hati nak letak dia kat cikgu2 PASTI yang mungkin sibuk melayan dan menjaga murid-murid lain. aku bawak dia pi sekolah..bawak lapik biaq dia tidoq kat belakang dalam bilik j-QAF, aku ngajar kat depan!biar pun aku jadi mcm terkejar2 la sikit..pegi cari kelas yg nak ajar, mintak depa masuk ke bilik j-QAF. anak aku tidor je kat belakang..ntah dia selesa ka dak dgn keadaan mcm tu!aku tak tau la apa yg aku buat ni betoi ka dak..aku pikiaq jugak apa kata kawan-kawan di sekolah, GB dan lain-lain dgn apa yg aku buat ni!

dari kecik dia memang dok dengan aku, usia 3 bulan mama dia dah balik ke UIA meneruskan pengajian..aku jaga dia, sakit demam aku yang tgk!sebab tu aku dapat rasa yg demam dia kali ni lain macam sikit..teruk dari demam biasa!

Doakan moga Nurul Izzah Sofiyyah lekas sembuh dan kembali ceria..


اللهم لا شفاء إلا شفاؤك شفاءً لا يغادر سقماً

Tuesday, February 17, 2009

Sukan, biar tepat dengan kehendak Islam!


Realiti Sukan

Dalam pandangan Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan. Sukan yang dianjurkan oleh Islam adalah untuk membina setiap muslim menjadi mujahid, misalnya berkuda, memanah, menembak dan sebagainya-(kekuatan fizikal bagi seseorang muslim itu selayaknya digunakan untuk berjihad di jalan Allah swt bukannya digunakan untuk bermegah-megah seperti pertandingan sukan hari ini). Istilah lahwun yang dibolehkan adalah nyanyian yang tidak mengundang perkara-perkara yang lagha seperti nasyid dan sejenisnya. Tentu ini dibolehkan selagi ia tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajiban. Oleh itu, sukan memang diperbolehkan tetapi tidak boleh hingga meninggalkan sebarang kewajiban. Sebagai contoh, kerapkali perlawanan final Piala Malaysia diadakan, ianya dimulakan pada pukul 8.45 malam, tetapi penyokong sudah berpusu-pusu masuk ke stadium seawal jam 6.00 petang. Dalam hal ini, sukan tersebut adalah haram kerana meninggalkan kewajiban solat maghrib. Imam As-Syathibi menyatakan: “hiburan, permainan dan bersantai adalah mubah atau boleh asal tidak terjadi suatu yang terlarang.” selanjutnya beliau menambah “ Namun demikian, perkara tersebut tercela dan tidak disukai oleh para ulama." Bahkan mereka tidak menyukai seorang lelaki yang dipandang tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupannya di dunia dan tempat kembalinya di akhirat kelak, kerana ia telah menghabiskan waktunya dengan berbagai macam kegiatan yang tidak mendatangkan suatu hasil duniawi atau ukhrawi.”

Apabila kita meneliti setiap sukan yang dianjurkan, ianya mesti terorganisasi supaya perjalanan sukan itu berjaya dilaksanakan. Oleh itu pasti akan dilantik para pegawai, jurulatih dan pelatih bagi setiap jenis dan peringkat sukan. Setiap peringkat mempunyai pegawai tetap, masa latihan dan jadual pertandingan. Ini menyebabkan generasi muda mula sibuk dan tidak ketinggalan golongan tua kerana perbincangan mereka selalu berkisar tentang setiap sukan yang diminati dan yang dipertandingkan. Setiap pasukan yang mempunyai penyokong setia akan menghabiskan seluruh tenaga dan wang mereka demi pasukan idola mereka. Apabila wujud pergaduhan didalam sesuatu pertandingan sukan, peminat dan penyokong sering akan campur tangan untuk ‘memeriahkannya’ seperti membaling kerusi, memukul penyokong lawan dan sebagainya. Seseorang dipukul o leh pihak lain, sudah pasti memanggil kawannya yang sama negeri, negara atau bangsa. Dan realiti ini sudah tentu membakar semangat nasioalisme yang bertentangan dengan Islam. Dalam suatu peristiwa Jabir bin Abdullah Al-Ansari telah meriwayatkan apa yang berlaku di Al-Muraysi dimana golongan munafik cuba menyalakan perasaan assabiyyah dikalangan kaum muslimin:

“Kami sedang didalam suatu sariyyah bilamana salah seorang Muhajirun telah menendang salah seorang Ansar. Si Ansar menjerit “Wahai Ansar bantulah aku” dan Muhajirin juga menjerit, “Wahai Muhajirin bantulah aku”. Mendengarkan ini Rasulullah saw berkata “Mengapakah kamu hidupkan sesuatu dari zaman jahiliyyah?”.

Oleh itu, adakah sukan seperti ini dapat mengubah keadaan masyarakat supaya bangkit untuk bersatupadu walaupun dianjurkan dikalangan anggota OIC sendiri? Hakikatnya, inilah pandangan kapitalisma tentang perpaduan antara negara. Perpaduan adalah sesuatu manfaat yang dapat dikongsi dan diraikan secara bersama. Apabila manfaat ini hilang, maka perpaduan akan hilang dan lenyap begitu saja. Oleh itu perlu kita melihat jenis ikatan yang wujud dalam masyarakat supaya kita dapat mengetahui apakah bentuk perpaduan yang sebenar menurut Islam. Di dalam buku Nidzomul Islam karangan Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, dinyatakan terdapat lima jenis ikatan yang wujud dalam masyarakat.

Ikatan patriotisme (wataniyyah): Ikatan ini muncul ketika ada ancaman pihak asing yang hendak menyerang atau menakluk sesuatu negeri. Ikatan ini bersifat sementara serta emosional sifatnya. Ianya akan hilang tatkala tiada lagi ancaman atau negeri kembali aman.
Ikatan nasionalisme (kesukuan): Ikatan yang didasarkan diatas ikatan kekeluargaan, puak atau kesukuan. Ianya muncul di antara manusia disaat pemikiran mendasar mereka adalah keinginan untuk mendominasi/menguasai satu kelompok ke atas kelompok yang lain.
Ikatan kemaslahatan: Ikatan yang didasarkan kepada maslahat yang ingin dicapai. Ianya bersifat sementara dan akan hilang apabila maslahat yang diingini telah tercapai.
Ikatan kerohanian: Ikatan yang mana aktivitinya hanya tertumpu pada aspek kerohanian semata-mata, tidak memiliki peraturan yang mengatur hidup manusia. Ianya bersifat cebisan dan tidak layak untuk menjadi pengikat di antara manusia.

Ikatan mabda’/ideologi Islam: Ikatan yang dimunculkan melalui aqidah akliah (kepercayaan yang rasional) dan menjadikan aqidah Islam sebagai asas/dasar kepada terbentuknya sistem atau peraturan hidup.

Sukan Menyuburkan Asas Assabiyyah.

Kerapkali sukan digambarkan sebagai penyatupadu kepada masyarakat, namun tanpa kita sedari ianya bakal memunculkan idea atau serangan yang amat membahayakan Umat Islam yaitu semangat nasionalisme. Apabila setiap negara yang bertanding mengidam-idamkan kemenangan berpihak pada masing-masing negara, ianya secara tidak langsung akan memunculkan perasaan nasionalisme atau cinta kepada bangsa dan negara. Mereka akan berpuas-hati dan bangga apabila pasukan sukan yang mewakili bangsa atau negaranya itu menang dan berhasil mengalahkan pasukan dari negara lain. Atlit juga berasa dihargai atas keupayaannya merangkul pingat setelah berbulan-bulan lamanya memerah keringat berlatih dengan tekun dan berusaha keras untuk meraih kemenangan ‘demi membela dan menjaga kehormatan bangsa’

Nasionalisma adalah ikatan emosional yang menyatukan hati manusia pada suatu bangsa tertentu. Nasionalisma atau kebangsaan merupakan ikatan yang sempit, yang muncul dari gharizatul baqa’ (naluri mempertahankan diri) untuk mempertahankan jati diri bangsa, fanatik terhadap bangsa dan dorongan untuk melakukan aktiviti agar menjadi pemimpin atau berkuasa keatas bangsa-bangsa lain dalam berbagai bidang kehidupan. Seperti contoh di atas bidang sukan menjadi salah satu caranya bagi seseorang mempertahankan jati diri bangsa hingga boleh mengakibatkan perasaan mendominasi dan menguasai diri muncul. Pastinya kita disajikan menerusi berita sukan akan kemenangan yang diperoleh oleh sesuatu negara apabila mengalahkan negara-negara lain dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan. Ini secara tidak langsung mendorong setiap rakyat da ri negara-negara Islam yang bertanding itu saling menyokong negara masing-masing dan dalam masa yang sama akan memperlekehkan negara-negara yang lain.

Islam telah mengharamkan nasionalisme, sekaligus mengharamkan apa jua wadah, bidang atau aktiviti yang menjurus kepadanya termasuklah keterlibatan secara langsung melalui pertandingan acara sukan sebegini. Islam telah menghancurkan Nasionalisma dan menetapkan sesiapa yang menerapkannya sebagai orang yang tidak termasuk dalam golongan kaum Muslimin. Sabda Rasulullah SAW:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ *


“Siapa sahaja yang menyeru kepada Assobiah (fanatisma golongan, seperti nasionaslima) maka ia tidak termasuk golongan kita (kaum Muslimin)”. (HR Abu Daud 4456 #).

Prof. Sergei Nihrs di Rusia pada tahun 1902 telah menerbitkan Protocols of Zion (No. 13) yang jelas menyebut bahawa gerakan Zionisme merancang agar masyarakat ketika itu terdorong untuk mengikuti pelbagai perlawanan dalam setiap jenis sukan atau hiburan yang sudah diprogramkan. Ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat dari masalah/konflik politik dengan orang-orang Yahudi. Oleh itu, apakah tindakan beberapa orang kenamaan yang sanggup ke Royal Albert Hall London baru-baru ini semata-mata untuk menyaksikan konsert hiburan penyanyi Siti Nurhaliza, serta tindakan setiap negara menghantar wakil yang terdiri dari para wartawan membuat liputan serta kontinjen atlit yang bertanding ke sukan perpaduan ini lebih penting dari menghadapi masalah yang melanda Umat Islam di Kyrgyzstan? Masalah yang tiada surutnya di Palestin, Iraq dan yang lainnya?

Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya hanya ikatan mabda’ Islam sahajalah yang mampu menyatupadukan Umat Islam, bukan dengan ikatan patriotisma, nasionalisma, ikatan berasaskan maslahat atau ikatan kerohanian. Dengan ikatan berasaskan akidah Islam, Umat Islam akan disatukan dari segi pemikiran, perasaan dan peraturan dan tidak akan ada suatu kuasa musuh pun yang akan dapat menghancurkan perpaduan yang benar dan kukuh ini. Dengan kata lain kita menyatukan setiap lapisan masyarakat dengan pemikiran yang sama, perasaan yang sama dan juga mengikat individu di dalam masyarakat dengan suatu syariat atau peraturan kehidupan dan perundangan yang sama. Ingatlah sekalipun sesama kaum kafir sering terjadi permusuhan dan perselisihan, namun apabila mereka menghadapi Umat Islam, mereka akan saling membantu dan bersatu. Padahal mereka ialah golongan kafir yang berbeza pemikiran, pe rasaan dan peraturan. Namun sebahagian dari mereka menjadi pelindung atas yang lainnya dan saling berlumba-lumba dalam mempersiapkan kekuatan untuk memerangi orang yang taat kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, Allah swt telah memperingatkan hamba-hambaNya yang beriman didalam firmanNya:

[size=14pt]وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ[/size]

“Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai Umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (TMQ Al-Anfal:73)

Konsekuensi dari ayat diatas ialah apabila Umat Islam tidak saling melindungi sesama mereka dan tidak melakukan sepertimana kaum Muhajirin dan Ansar dengan tujuan menjadi Umat yang satu, tunduk kepada sistem dan pemimpin yang satu, maka musuh-musuh akan berani melakukan perlawanan untuk menjajah Umat Islam, menjajah dan melenyapkan kekuasaan Islam. Itulah yang berlaku kini. Musuh Islam telah berjaya memecahbelahkan kesatuan Islam, melenyapkan sistem Islam, menjauhkan kaum Muslimin dari agamanya serta akidah mereka menjadi lumpuh dan mandul.

Monday, February 9, 2009

Ziarah Tn. Hj. Azizan


Petang kelmarin sekitar jam 6 ketika menjemput isteri saya dari sekolahnya saya menghubungi Ust Jamaludin, Pegawai Khas j-QAF untuk mengetahui keadaan Tn. Hj. Azizan Ibrahim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan yang khabarnya berada di wad kerana menghidap paru-paru berair.
Melalui ust Jamaludin, saya dapat tahu bahawa ust Azizan sekarang ini masih di wad 2, Hospital Pantai Utara, Sg. Petani.

Dari SK Taman Seri Wang, saya terus ke Hospital Pantai untuk menziarahi beliau. Alhamdulillah beliau kelihatan sihat namun hari ini (10 Feb) beliau akan menjalani satu proses membetulkan saluran darah ke jantung yang tersumbat.

Mudah-mudahan Ust Azizan dikurniakan kesihatan dan kembali bertugas insya-Allah..

Friday, February 6, 2009

Kursus Kepimpinan Pengawas 2009 dan Kursus Bina Blog















Pen. Kanan 1, Tn. Hj. Ishak Saad sedang menyampaikan ucapan perasmian.
















Para peserta memberi tumpuan sepenuhnya















Ust Alang, bakal pengantin baru sedang mengendalikan kursus blog.

Pagi ni saya terlibat dengan dua program, program pertama ialah Kursus Kepimpinan Pengawas SK Tunku Ismail 2009 yang diadakan di Dewan Serbaguna SK Tunku Ismail dan Makmal IT.

Program yg dikendalikan oleh JK Disiplin dan Pengawas ini melibatkan penyertaan dari semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua serta penolong ketua darjah.saya diberi kesempatan utk mengendalikan slot pertama bagi kursus ini..

selesai ceramah, saya bergegas ke Masjid Bandar Puteri Jaya, Sg. Petani kerana di sana sedang berlangsung Kursus Bina Blog anjuran JK Qaryah Bandar Puteri Jaya ini. tugas saya hanya sebagai pembantu kepada penceramah blog iaitu Ust Alang Yahya dari SK Sg. Lalang. Pada mulanya kursus blog akan dikendalikan sepenuhnya oleh saya sendiri, namun dek kerana tugas di sekolah itu lebih utama maka saya menjemput Ust Alang utk menggantikan saya bagi mengendalikan kursus ini.

Thursday, February 5, 2009

Al-Fatihah Buat Tokwan..


Pagi 4hb. Februari yg lalu tidak berbeza dengan pagi-pagi yang lain..suasana sejuk pagi dengan angin timur musim kemarau tidak sedikit pun berubah suhu. aku bangun seperti biasa utk menguruskan diri, solat subuh dan menyiapkan anak-anak utk dihantar ke PASTI dan nursery..isteri juga awal lagi bangun utk menggosok segala uniform utk kegunaan hari ini, tidak ada apa yg berubah pun!

selesai solat subuh, aku terus bersiap dan mengenakan pakaian utk ke sekolah..begitu juga isteri yg hari ini baru hari kedua beliau bergelar sebagai seorang guru di SK Taman Seri Wang.

sekitar jam 6.45 pagi, kami bergerak keluar dari rumah..destinasi pertama adalah nursery anak kecilku, Iffah yg cuma berselang 6 pintu dari kediaman kami. kemudiannya terus ke PASTI tempat anak sulungku belajar berdikari. dari situ aku terus memandu utk menghantar isteriku ke sekolahnya..sama laluannya utk ke sekolah aku!

ketika aku hampir sampai ke sekolah isteriku, aku dikejutkan dengan panggilan telefon..aku lihat di skrin telefon tangan milikku tertera nama 'abah'. jarang jugak abah menelefon pagi-pagi mcm ni apatah lagi dia sendiri pun sibuk bersiap utk ke sekolahnya. ternyata panggilan itu bukan panggilan yang biasa..dengan suara yg tersekat-sekat, abah memaklumkan bahawa tokwan ku yg satu-satunya telah kembali ke rahmatillah sekitar jam 6 pagi tadi ;( perasaan sedih dan pilu terus menyelubungiku saat itu!aku kehilangan seorang yg amat rapat dengan kami sebagai cucu..aku tak dapat menahan kesedihan ini..air mata terus mengalir tanpa dapat ku tahan lagi..

aku terus memandu ke sekolah utk bertemu Guru Besar bagi mendapat perlepasan bagi menziarahi jenazah di Kampung Sg. Ular, Kulim.

dari sekolah aku terus menjemput isteri dan anak sulungku..anak kecil aku tinggalkan bersama pengasuhnya!jam 9 pagi aku tiba di Sg. Ular..orang ramai memenuhi kawasan rumah usang milik tokwan yg ditinggalkan buat selamanya..aku terus ke dalam utk melihat tokwan yg terbujur kaku di atas katil bujang, aku menjadi semakin hiba dan pilu..2 minggu lalu ketika pulang menziarahi, tokwan masih sihat walaupun umurnya sudah mencecah 84 tahun!

sekitar jam 1.30 ptg, jenazah dibawa ke masjid utk disolatkan dan seterusnya diiring ke tanah perkuburan..aku diberi penghormatan utk bertalkin dan aku mengambil kesempatan ini utk mengajak seluruh yg hadir di perkuburan ini agar merasa insaf dengan kematian yg pasti dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa..

kepada tokwan..semoga rohmu dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, amin!

Al-Fatihah..

.