Saturday, December 27, 2008

Taujihat di padang bola..



Lama sungguh tak main bola ni..seingat saya kali terakhir main bola ni di suoq sayyarat, Hayyu 'Asyir pada 2004 dan futsal pada 2005 dgn Ust Ismail SK Kulim Hi-Tech.


Namun pada 27 Dis. 2008 yg lalu, saya telah dijemput pada asalnya utk memberi sedikit taujihat dan irsyadat kepada remaja-remaja yg menyertai pertandingan bola sepak 9 sebelah bawah 16 anjuran Qaryah Bandar Puteri Jaya, Sg. Petani. selesai memberi taujihat, JK penganjur ajak pulak main bola persahabatan jadi saya pun terus balik ke rumah di Bandar Perdana yg bersebelahan dgn Bandar Puteri Jaya utk tukar pakaian.


saya nak mengulas tentang penganjuran pertandingan bola sepak yg melibatkan remaja ni..pada saya usaha yg dilakukan oleh pihak qaryah ni amat baik dalam usaha utk mendekatkan para remaja ini dgn AJK qaryah. disamping bermain dan bergembira, para remaja sentiasa diajak utk terus mendekatkan diri dgn surau dan masjid. Pengerusi JK Qaryah Bandar Puteri Jaya, Ust Abd. Rahman Abd. Kadir Jelani yg juga GPI di SK Tunku Ismail telah memainkan peranan yg baik dalam usaha membentuk satu qaryah yg sejahtera..tahniah!

Tuesday, December 23, 2008

"Biar orang tabik kat kita.."

Nak kena tabik jadi pegawai polis la.. Mungkin itu yg selalu kita bayangkan. tapi ungkapan "Biar orang tabik kat kita.." ni dari GB saya dalam bengkel headcount hari ni! memang tak nafikan GB baru SK Tunku Ismail ni seorang yg agresif dan komited dgn tugas...tak mau ceroi2 dlm tugas!menariknya ungkapan ini dilontarkan kepada guru-guru sebagai satu cabaran agar melakukan lonjakan ke arah kecemerlangan akademik, tak terlepas juga kecemerlangan j-QAF yg dah masuk tahun ke-5.
Bengkel Headcount yg dilangsungkan pagi tadi di bilik mesyuarat SKTI merupakan satu diantara program gerak kerja 2009 yg dilancarkan pada 21hb. Disember 2008 baru ni pada mesyuarat guru kali-1 2009.
dah lama sebenarnya dok dengar perkataan headcount ni..bahkan GB sebelum ni pun pernah menjemput seorang pakar headcount membentangkannya kepada guru-guru..tapi saya tak faham jugak pun!tapi kali ini dgn penerangan dan ruang yg diberikan dan dibentangkan oleh Tn. GB sendiri, baru la saya dapat memahami kepentingan headcount sebagai satu keperluan yg mendesak tatkala kita menyusun dan merancang strategi P&P yg berkesan.
saya hanya fokus kepada B. Arab sebenarnya..saya akui masih banyak ruang yg perlu diperbaiki samada dari sudut perancangan, persembahan P&P dan tindakan sesudah P&P dijalankan. bahkan program-program peningkatan akademik pun masih belum bernafas sepenuhnya!banyak idea dan perancangan yg bersarang dalam kepala ni namun kelemahan yg ketara ada pada saya ialah utk write down segala idea tersebut dan melaksanakan segala perancangan!
pernah beberapa kali saya berbicara empat mata dgn GB dan saya dapat merasakan betapa harapan beliau buat saya dan rakan j-QAF yg lain amat besar dan saya terima ini sebagai satu cabaran dan seterusnya sebagai satu dorongan utk saya melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan ini..yg penting tahu meletak diri itu di mana dan kata-katanya hari ni dapat saya fahami bahawa guru-guru semua harus membuktikan kehebatan sebagai seorang guru yg cemerlang sehingga GB boleh salute kat dia.
Dalam cuti ari tu ada jugak SMS kawan2, nak kongsi la sikit2 bentuk program B. Arab yg dirancang diperingkat sekolah..antara yg menarik saya terima ialah program seperti Explorace lughawi dan satu program ala 'Spell it right'..menarik juga tapi nak laksanakan mcmana??
tungguu..minggu pertama persekolahan kami akan bincangkan dalam mesyuarat AJK j-QAF Daerah KMY tentang format dan bentuk program ini!

Tuesday, December 16, 2008

Cuti dah abihh..

cuti dah nak habih woii!! begitulah kita..sedar tak sedar cuti persekolahan sudah sampai ke penghujungnya. seharusnya kita wajib bermuhasabah tentang pengisian kita sepanjang cuti yg telah berlalu.

malam ni merupakan malam terakhir saya di rumah mertua saya di Tangkak, Johor ni. esok pagi saya akan bertolak balik bersama anak-anak dan isteri ke Kedah. lama depa di sini..hampir 50 hari! anak kecil saya pun dah semakin membesar..dia akan memulakan hidup barunya di rumah kami di Bandar Perdana, Sg. Petani.

sebelum terlupa, ingin saya ucapkan 'SELAMAT PENGANTIN BARU' buat abg ipar dan adik ipar saya, Sdr. Shahrul Abd Razak dan pasangannya Rozimah Bt Muda dan Nur Hidayah Abd Razak dgn pasangannya Sdr. Ramadhan b. Ibrahim yg baru melangsungkan perkahwinan mereka pada 14hb. Disember yg lalu..semoga hidup kalian diberkati Allah dan diberi pentunjuk olehNya setiap masa bagi menempuh alam rumahtangga yg serba mencabar!

selepas ni nak tunggu keputusan j-QAF ambilan 2009 la pulak..isteri saya turut memohon jawatan ini dgn harapan dapat membantu membangunkan dan memperkasakan program j-QAF, insya-Allah.

saya ingin berkongsi pendapat dalam posting akan datang dgn rakan-rakan j-QAF seluruh Malaysia tentang perancangan B. Arab peringkat sekolah bagi tahun 2009..saya ada mengirimkan email berupa kertas cadangan program BA kepada GB saya dan respon yg diterima cukup baik!

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha 1429 Hijriah


Hari ini umat Islam seluruh dunia menyambut Aidil Adha disaat hampir 3 juta umat Islam dari pelusuk dunia tertumpu ke Kota Suci Mekah bagi menyempurnakan rukun Islam kelima iaitu haji ke Baitulah! Tahniah kepada mereka-mereka yang telah dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamuNya pada musim haji kali ini..bertuah dan beruntunglah mereka yang dikurniakan haji mabrur, kemuncak kepada kesempurnaan ibadah haji yang diterima oleh Allah.

saya dan keluarga menyambut aidil adha kali ini di rumah mertua di Tangkak, Johor. semua ini kerana isteri saya 'berpantang' di sini setelah selamat melahirkan anak kedua penghujung Oktober lalu. Suasana aidil adha kali ini tidak begitu terasa apatah lagi sejak awal pagi lagi hujan turun mencurah-curah sehingga menjengah tengahari. bilangan jemaah yang memenuhi ruang masjid di Bandar Tangkak ini juga hanya separuh sahaja berbanding raya puasa yang lalu..mungkin juga kerana aidil adha ini cuti hanya sehari saja!

lepas solat zohor baru saya dan keluarga keluar menziarahi nenek dan atuk di Payamas, Tangkak. ramai jugak yg ada disitu.. Paktam, Pak Syam, Cik Mir dan lain2!

petang tadi kami telah dikunjungi oleh keluarga abang Ahmad Kamal Aminon..keluarga ini sebenarnya saya kenali ketika saya masih di Syria dan beliau kebetulan bertugas di sana sebagai jurutera bagi sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Ericcson. ketika ini beliau menjawat jawatan sebagai director di Parecell (M) Sdn. Bhd yg terletak di Cyberjaya.. syarikat ini sebenarnya beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan membuka cawangannya di Malaysia.

Bersama abg Kamal dan anak bongsunya Muhammad, kelahiran Damascus.
Abang Kamal ini yg berasal dari Felda Seri Ledang, Tangkak merupakan seorang yg cukup istiqamah dalam perjuangan Islam. bahkan beliau banyak membantu kami, pelajar-pelajar Malaysia di Syria dulu utk memahami erti perjuangan Islam yg sebenar. Isterinya juga turut memainkan peranan sesuai dgn tugas beliau sebagai guru pendidikan Islam di Sek. Men. St. Paul, Seremban.

Friday, December 5, 2008

Abah..kakak rindu abah!

"Abah..bila abah nak mai kat kak??" begitu pertanyaan anak sulung yang saya tinggalkan bersama ibu dan adiknya di Tangkak, Johor sejak 25 November ari tu. semuanya ini kerana saya terpaksa balik ke Kedah dengan segera atas beberapa tugas yg perlu saya selesaikan.
saya balik ke Tangkak 17 November lalu setelah tugas-tugas di sekolah disiapkan dan diserahkan kepada pihak pentadbir.






Dari Kedah saya memandu bersendirian Kelisa 1.0..bertolak dari SP sekitar jam 10.30 pagi dan alhamdulillah perjalanan begitu lancar dgn aliran trafik yg tidak terlalu sibuk. singgah solat zohor dan asar di surau tol PLUS exit Hospital Sg. Buloh kerana dari situ saya akan mengambil MRR2 utk ke Gombak melalui Kepong dan Batu Caves. saya ada temujanji dgn kawan dari Kedah yg sekarang bertugas di Damansara.. kami berjanji nak jumpa di sebuah restoran Nasi Mandee Nour milik seorang rakan sekampung dari Kuala Ketil yg sama2 belajar di bumi Syam dahulu.



Ternyata hidangan yg disediakan di restoran ini tidak mengecewakan, dgn harga yg amat berpatutan berbanding restoran arab lain yg lebih eksklusif di sekitar ibu kota. sekalipun rakan yg berjanji utk jumpa itu tidak dapat hadir, namun kedatangan beberapa rakan lain yg secara kebetulan cukup utk mengisi masa pada petang itu. sekitar 6.30 ptg saya bertolak ke Tangkak semula dan sampai sekitar jam 9 mlm.


Ramli Ahmad dan anaknya Tasnim. Isteri beliau adalah seorang warga Syria

Hampir sepuluh hari di Tangkak, saya menerima panggilan telefon dari pejabat lawyer yg mengatakan pinjaman perumahan yg saya pohon dari Bahagian Pinjaman Perumahan telah diluluskan dan saya perlu menjawab segera surat persetujuan penerimaan amaun pinjaman tersebut..secara kebetulan jugak jadual kelas saya bersama pelatih j-QAF ambilan 2008 opsyen B Arab pun perlu dimulakan segera, saya diberi 10 jam utk sesi tutorial kali ini.

25 November malam saya bertolak balik ke Kedah menaiki bas Ekspress Cepat yg sehari sebelumnya bas dari syarikat ini mengalami kemalangan yg meragut 2 nyawa...
setelah sampai di Kedah, saya bersiap-siap dan membuat persediaan utk ke sesi tutorial pertama saya selama 2 jam. habis kelas sekitar jam 4 ptg, saya bergegas ke sekolah utk mendapatkan surat dari bahagian pinjaman perumahan dan terus ke pejabat lawyer utk urusan perumahan tersebut..



Pada 1-3 Disember pula saya terlibat dgn Mesyuarat Post Mortem Pendidikan Islam anjuran Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah di Hotel Seri Malaysia, Kulim..
4 Disember saya menyambung tutorial saya yg cuma berbaki 2 jam saja lagi..dan malamnya saya terus bertolak balik dgn bas ke Tangkak kerana "Abah..kakak rindu abah"

Friday, November 14, 2008

Sayonara 2008!

Akhirnya sesi persekolahan 2008 melabuhkan tirainya setelah melalui muddah pengajian selama 42 minggu lamanya. bagi warga sekolah (termasuk guru-guru) begitu teruja sekali utk melihat tempoh cuti hujung tahun yg panjang ini dapat dinikmati sepuasnya seolah baru terlepas dari segala beban yg menyesak benak dan fikiran sepanjang sesi pengajian yg lalu.

seingat saya, segala memori yg berlaku diawal persekolahan 2008 lalu sebenarnya masih segar dalam ingatan. dan ia terakam dengan begitu baik sekali dalam slot memori kad yg saya pasti ianya mampu memberikan kita ruang utk kita merenung kembali sebagai muhasabah dan 'ibrah apakah hasil yg kita dapat dari penat lelah kita selama 42 minggu bertegang urat bercekak pinggang bagi mendidik anak-anak kita di sekolah.

benar tugas mendidik memang memenatkan..tapi ia akan lebih memenatkan sekiranya segala kepenatan itu langsung tidak membuahkan hasil yg diharapkan menjadi penawar segala kelelahan sepanjang tahun. tak terbayang bagaimana seorang guru yg masuk ke kelas mengajar anak-anak tapi anak-anak itu pulang tanpa membawa apa-apa hasil..penat kan? apatah lagi kalau kepenatan itu diukur dengan tahap keikhlasan para guru dalam menjalankan amanah ini..ia akan kelihatan semakin penat atau tenat???

kerana itu saya melihat bahawa tempoh percutian akhir tahun ini adalah medan terbaik utk kita sama-sama menilai diri dan merenung kembali hasil kerja buat kita yg telah lalu adakah ia memenuhi piawai sebagai seorang pendidik yg benar-benar menjiwai peranan kita dalam membentuk syakhsiah anak-anak di sekolah. moga kita berjaya..
memang tahun ni saya agak 'kepenatan' sikit, bukan saja kerana memikirkan nasib anak-anak murid yg entah apa yg depa dapat sepanjang tahun 2008 ni..saya pula seakan terkejar sana, terkejar sini..sampai GB pun kata "hai ustaz..nampak sibuk sgt ni hujung2 tahun ni..jarang dpt sembang-sembang dengan ustaz!" semuanya kerana gara-gara agak kerap out station.
saat ini saya masih bergelut utk menghabiskan bacaan saya berkenaan Analisis Kritis Matan Hadith..esok (15 Nov. 2008) adalah exam terakhir saya utk semester ini! sesak jugak nafas ni nak habiskan tiga paper kali ni..semakin membaca semakin banyak yg perlu diteroka..aduhhh, ni yg pening sikit ni!
cuti ni pun ingat nak boleh balik kampung lama sikit..isteri dan anak-anak pun masih disana. namun tugasan dalam cuti tak boleh terlepas jugak..23 Nov ni kat SK Tasek Apong bersama rakan-rakan yang lain, peksa kertas ujian kemasukan ke tingkatan 1 SABK 2009. 1-3 Disember di Hotel Seri Malaysia Kulim, mesyuarat post mortem pendidikan Islam dibawah kelolaan Ust Zulkifli di Sektor Pengurusan Pendidikan Islam.
saya ada terbaca cadangan dari akhimizi yg bertajuk 'relevankah bengkel pengurusan j-QAF di sekolah' baru-baru ini..pada saya ini satu cadangan yg baik dan boleh diketengahkan. yg baik itu adalah kerana pengurusan j-QAF bukan hanya sekadar dari sudut pengurusan sistem fail, pengurusan P&P dan sebagainya..tetapi yg lebih penting adalah pengurusan sumber manusia yg terdiri dari roh dan jasad (atau ada yg dah tinggal jasad saja??) guru j-QAF yg mendiami sekolah-sekolah program j-QAF ini. andai pengurusan sumber manusia ini dapat dipolish dengan baik, saya yakin pengurusan j-QAF yg lain-lainnya akan terbentuk dengan sendirinya.
dari sudut bahasa arab..saya dan azizi ada bercadang utk sediakan satu modul hiwar yg hiwar-hiwar ini akan dikutip dari tatbiq ittisoli mengikut tajuk-tajuk dalam HSP. entah la nak menjadi kenyataan atau tidak cadangan ni..kami cuba mengatur pertemuan sekerap mungkin sepanjang cuti ini..secara kebetulan juga kami sama-sama ada tugas di IPSAH pada November dan Disember ini!
sayonara..adios!!

Sunday, November 2, 2008

Satu Kelahiran..Sebuah Kehidupan


Pagi Jumaat 17 Oktober 2008 merubah segala-galanya. Isteri saya yang sarat mengandung anak kedua kami tiba-tiba berasa sakit seperti hendak bersalin walaupun usia kandungan baru mencecah 36 minggu. Bermula dari jam 2 pagi hingga ke lepas subuh sakitnya masih berterusan dan saya membuat keputusan untuk membawa ke hospital.


sampai di hospital, dia terus dimasukkan ke labour room dan setelah melalui pemeriksaan oleh pegawai perubatan ternyata sudah ada bukaan sebanyak 4cm.


tarikh ini sepatutnya saya bersiap ke SMK Kuala Nerang untuk acara MKQ negeri yang julung kalinya saya terlibat sebagai petugas. namun Allah mengatur sebaliknya buat saya..


dari jam 10 pagi isteri saya berada di dalam labour room dan saya menanti dengan penuh debaran di ruang menunggu..sekitar jam 4 ptg isteri saya ditolak keluar dari labour room, rupanya dia belum dapat bersalin lagi kerana bukaan itu terhenti dan usia kandungan yang belum matang.


5 hari isteri saya berada di wad kenanga 12 Hospital Sultan Abdul Halim kerana tekanan darahnya pula yang tidak menentu.


saya terlepas lagi program di Langkawi iaitu kursus pendedahan sukatan yang diadakan pada 21 dan 22 Oktober. apa pun..family first:)


Setelah seminggu berada di rumah, senario yg sama berulang lagi pada 28 Oktober 2008 apabila saya dikejutkan isteri pada jam 4 pagi..katanya sakit lagi!biaq betoi?? ka macam ari tu ja?? itu soalan yg terpacul spontan..kali ni betoi dah!


Alhamdulillah..syukur yg tak terhingga kepada Allah s.w.t. akhirnya isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 10.46 pagi. Yang pasti, kelahiran ini akan menambah seri pada rumahtangga kami.

Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT MEMYAMBUT LEBARAN 1429H


Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri Mubarak. Semoga Ramadhan yg baru berlalu meninggalkan seribu makna yg amat besar ertinya bagi diri kita semua. Jadilah 'agen' perubah masyarakat hasil dari tarbiah ramadhan..Sambutlah Syawal dengan gembira!

Tuesday, September 16, 2008

Pertemuan Yang Tak Diduga


Hari ni (16 hb. September) saya bersama sahabat, Azizi Mokhtar berkesempatan untuk hadir ke Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dewan Mutiara Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia ini merupakan program peringkat kebangsaan edisi ke-3 di mana pada tahun lalu program ini telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan serentak dengan perasmian makmal j-QAF oleh YAB Timb. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Apa yang menarik, program ini dapat menghimpunkan murid-murid j-QAF seluruh negara yang telah pun khatam al-Quran melalui program j-QAF ini.

sekalipun saya dan Azizi hadir bukan sebagai jemputan mahupun sebagai guru pengiring, namun atas rasa ingin turut sama merasai kemeriahan majlis seumpama ini apatah lagi ianya berstatus 'Peringkat Kebangsaan' tidak mungkin kami lepaskan.

manalah tahu kalau2 Kedah pula dipilih sebagai tuan rumah program seperti ini untuk tahun2 akan datang..mungkin ada pengalaman yang dapat dikongsi bagi memantapkan persiapan dan perjalanan program2 akan datang. syabas kepada kontinjen Kedah!

ingin saya kongsi di sini bagaimana kehadiran saya ke majlis ini rupanya telah mempertemukan saya dengan Cikgu Wan Zolkifli, orang lama Derang yang telah sama2 bersusah payah membangunkan MTID bersama almarhum Syeikh Niamat satu ketika dulu. ketika itu beliau bertugas di sekolah pendidikan khas, Jabi, Jalan Langgar dan kini beliau bertugas di sekolah pendidikan khas, Alma sejak hampir 10 tahun yang lalu. tertanya juga saya bagaimana beliau boleh hadir ke majlis j-QAF ini.. rupa-rupanya beliau bertanggungjawab menguruskan multimedia teks al-Quran Brail ketika seorang qari yang cacat penglihatan memperdengarkan bacaan.

ternyata Cikgu Wan Zol tidak banyak berubah.. setelah hampir 10 tahun tidak bersua, beliau tetap dengan identiti yang begitu low profail dan waraknya. apa yang dikagumi, beliau masih mengenali saya walaupun setelah sekian lama tak berjumpa..
waktu berbuka juga menarik..terima kasih Ust Jamal, Ust Rushdan, Ust Jamaluddin, Ust Mokhtar, Ust Dziyauddin, Ust Mutalib, Ust Samad, Sdr Hafiz yang turut hadir ke majlis khatam ini dan sama2 berbuka puasa di sebuah restoran nelayan di Teluk Tempoyak. terima kasih kepada yang belanja:)

Sunday, September 7, 2008



07 September - Taklimat Pelaksanaan Majlis Khatam al-Quran dan Ihya' Ramadhan telah diadakan di SK Taman Intan, Sg. Petani. Majlis ini yang insya-Allah akan berlangsung pada 17 September akan di tempat yg sama.

taklimat ini telah dihadiri oleh Pegawai Khas j-Qaf KMY, Ust Jamaludin Said, Guru SK Tasek Apong merangkap Pengerusi Panitia Pend. Islam Daerah, En. Shaari Awang, Guru Besar SK Taman Intan, Pn. Azhariah selaku tuan rumah dan AJK Guru-Guru j-QAF Daerah Kuala Muda Yan.

Majlis Khatam ini akan berlangsung dengan penglibatan murid seramai 100 orang dari 45 buah sekolah-sekolah program j-QAF kohot 2005 dan 2006. murid-murid ini akan dipilih dari kalangan mereka-mereka yg telah pun khatam al-Quran sepanjang mengikuti program j-QAF di sekolah masing-masing.

selain itu, agenda post mortem MKQ Daerah KMY 2008 turut dibentangkan. beberapa perkara telah dibincangkan bagi melihat kekuatan dan kelemahan perjalanan MKQ kali ini agar ianya dapat dijadikan panduan utk melakukan proses penambahbaikan bagi program-program akan datang.

Ust Jamaludin turut membentangkan beberapa program mega peringkat daerah dan negeri yg akan diadakan selepas cuti hari raya aidil fitri akan datang. pada 18 Oktober akan berlangsung MKQ peringkat negeri di SMK Kuala Nerang. begitu juga dengan pelaksanaan Kem Literasi al-Quran (KLaQ) peringkat daerah, Kem Bina Juara peringkat negeri dan juga Mukhayyam Bahasa Arab bagi murid-murid GALUS peringkat negeri yg khabarnya akan diadakan di Kulim.

Thursday, September 4, 2008

MKQ Daerah KMY Berlangsung Meriah





28Ogos yang lalu telah berlangsung Majlis Khatam al-Quran peringkat Daerah Kuala Muda Yan yang diadakan di SK Petani Jaya, Sg. Petani. Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan, Tn. Hj. Ismail b. Shahidan. Hadir sama Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Ust Azizan Ibrahim

Turut hadir ke majlis ini , Penyelia, Ust Jamal Abdul Nasir, Pegawai j-QAF KMY, Ust Jamaludin Said, Pegawai-Pegawai Khas dari SPPIM, Ust Musa Jayyid dan Ust Khairul Anwar dan juga guru-guru besar daerah KMY.

MKQ tahun ini menunjukkan peningkatan yang begitu ketara. dengan persiapan yang rapi dari sekolah-sekolah yang bertanding, persembahan yang diberikan pada MKQ 2008 ini amat menarik dan diharap dapat memberi cabaran apabila sekolah-sekolah yang memenangi setiap acara yang dipertandingkan akan berentap diperingkat negeri yang insyaAllah akan diadakan pada pertengahan Oktober nanti di SMK Kuala Nerang.

apa yang menarik, MKQ kali ini turut mendapat kerjasama yang amat baik dari GPI yang berpengalaman luas khususnya dalam bidang tilawah al-Quran. mereka ini telah dilantik sebagai hakim bagi acara tilawah.


johan-johan yang akan mewakili KMY nanti ialah :


Tilawah (L)

SK Tasek Apong


Tilawah (P)

SK Amanjaya


Kuiz

SK Tikam Batu


Kalam Jamaei

SK Sg. Pasir


Dikir Barat

SK Tikam Batu

Sunday, August 31, 2008

TAKLIMAT KURIKULUM BAHASA ARAB




Sampai saja dari UIA kira-kira jam 1.00 pagi, keesokkannya saya terus bergegas ke PKG Padang Serai setelah ditugaskan sebagai fasilitator Taklimat Kurikulum BA iaitu pendedahan HSP BA Tahun 2 bagi kegunaan tahun 2009.

Turut bersama menjayakan taklimat kali ini ialah Sdr. Akmal Ahmad, Pisal Mat Isa dan Rohaiza Said. Turut hadir Pegawai Khas j-QAF KBB, Ust Mokhtar Mahmud, Ust Mutalib Saad, Penyelia Pendidikan Islam KBB dan Ust Dziayuddin, Pegawai Khas j-QAF Kota Setar.

setinggi ucapan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada peserta-peserta kursus kali ini yg merupakan guru-guru bahasa arab bagi Daerah Kulim Bandar Baharu ini yg telah menunjukkan komitmen yg begitu tinggi serta disiplin dan ketrampilan yg amat dipuji.
apa yg mengagumkan ialah, pada hari kedua taklimat ini berlangsung Ust Mokhtar tidak dapat hadir dan menyerahkan perjalanan taklimat kepada penghulu yg dilantik iaitu Sdr. Aminuddin Mahmud dari SK Ladang Bukit Sidim. sekalipun tanpa kehadiran pegawai, tazkirah seawal jam 8 pagi yg disampai oleh saudara penghulu dapat diikuti oleh semua peserta dengan baik.

Akhirnya Allah Tunaikan Segalanya..



Tanggal 25 Ogos 2008 yg lalu merupakan satu tarikh yg amat bermakna bagi kami sekeluarga kerana akhirnya isteri saya berjaya menggenggam segulung ijazah setelah berhempas pulas dan mengharungi segala kepayahan berulang-alik UIA-Kedah selama lebih 3 tahun di Universiti Islam Malaysia (UIA).

saya mengambil cuti selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 Ogos utk ke UIA bagi meraikan Majlis Konvokesyen kali ke 24 yg diadakan di Cultural Activity Centre (CAC), UIA Gombak yg disempurnakan oleh Rektor UIA, Prof Dato' Syed Arabi Aidid.

sekalung tahniah dan syabas buat isteri saya yg telah membuktikan bahawa perkahwinan dan bahkan terpaksa berjauhan sepanjang tempoh itu bukan satu penghalang bagi mencapai kejayaan dalam pengajian.

syukur tak terhingga pada Ilahi..Alhamdulillah!

Saturday, August 16, 2008

PERTEMUAN PRA MKQ DAERAH KUALA MUDA YAN





15 Ogos - Satu pertemuan ringkas JK Guru j-QAF Daerah Kuala Muda Yan telah diadakan di RFC (Radix Fried Chicken) Lagenda Height, Sg, Petani. Pertemuan ini turut dihadiri Penyelia Pendidikan Islam, Ust Jamal Abdul Nasir dan Pegawai Khas j-QAF, Ust Jamaluddin Said.

pertemuan ini adalah bagi menbincangkan perjalanan MKQ Daerah KMY yg dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos 2008 di SK Petani Jaya. disamping itu, satu post mortem MKQ peringkat zon turut dibincangkan bagi mengenal pasti kelemahan dan kekurangan perjalanan MKQ peringkat zon yg telah berlangsung pada 02 Ogos 2008 yg lalu.

terima kasih kepada semua AJK dan juga pegawai-pegawai dari PPD yg sudi hadir pada pertemuan ini..


selamat bercuti!

Wednesday, August 6, 2008

SELAMAT BERJUANG DIPERINGKAT DAERAH..


SENARAI PENYERTAAN MKQ PERINGKAT DAERAH KMY 2008
(30 Ogos 2008 - SK Petani Jaya)

Kuiz
SK JENIANG (PUSAT)
SK LANGKASUKA
SK KHIR JOHARI
SK PETANI JAYA
SK TIKAM BATU
SK SG. PASIR

Tilawah (P)
SK BATU EMPAT JALAN JENIANG
SK JENIANG (PUSAT)
SK BANDAR BARU SG. LALANG
SK AMAN JAYA
SK SIDAM KIRI
SK TAMAN SERI WANG

Tilawah (L)
SK ULU SEDAKA
SK LANGKASUKA
SK TASEK APONG
SK BANDAR BARI SG. LALANG
SK SG. PETANI
SK TAMAN RIA
Kalam Jamei
SK GUAR CHEMPEDAK
SK HJ. HUSSIN DOL
SK BANDAR BARU SG. LALANG
SK TASEK APONG
SK SG. PETANI
SK SG. PASIR
Dikir Barat
SK BATU EMPAT JALAN JENIANG
SK JENIANG (PUSAT)
SK TASEK APONG
SK BANDAR BARU SG. LALANG
SK SG. PASIR
SK TIKAM BATU

Monday, August 4, 2008

SEKITAR MKQ ZON DAERAH KUALA MUDA YAN

KEPUTUSAN ZON A (TUAN RUMAH - SK HJ. HUSSIN DOL)

Kuiz
Johan : SK JENIANG (PUSAT)
N. Johan : SK LANGKASUKA
Ketiga : SK BATU EMPAT JALAN JENIANG

Tilawah (P)
Johan : SK BATU EMPAT JALAN JENIANG
N. Johan : SK JENIANG (PUSAT)
Ketiga : SK ULU SEDAKA

Tilawah (L)
Johan : SK ULU SEDAKA
N. Johan : SK LANGKASUKA
Ketiga : SK GURUN (PUSAT)

Kalam Jamei
Johan : SK GUAR CHEMPEDAK
N. Johan : SK HJ. HUSSIN DOL
Ketiga : SK BUKIT BESAR

Dikir Barat
Johan : SK BATU EMPAT JALAN JENIANG
N. Johan : SK JENIANG (PUSAT)
Ketiga : SK DULANG


KEPUTUSAN ZON B (TUAN RUMAH - SK BANDAR BARU SG. LALANG)

Kuiz
Johan : SK KHIR JOHARI
N. Johan : SK PETANI JAYA
Ketiga : SK TUNKU ISMAIL

Tilawah (P)
Johan : SK BANDAR BARU SG. LALANG
N. Johan : SK AMAN JAYA
Ketiga : SK KAMPUNG PASIR

Tilawah (L)
Johan : SK TASEK APONG
N. Johan : SK BANDAR BARI SG. LALANG
Ketiga : SK IBRAHIM

Kalam Jamei
Johan : SK BANDAR BARU SG. LALANG
N. Johan : SK TASEK APONG
Ketiga : SK PETANI JAYA

Dikir Barat
Johan : SK TASEK APONG
N. Johan : SK BANDAR BARU SG. LALANG
Ketiga : SK SG. LALANG

KEPUTUSAN ZON C (TUAN RUMAH - SK PINANG TUNGGAL)

Kuiz
Johan : SK TIKAM BATU
N. Johan : SK SG. PASIR
Ketiga : SK BAKAR ARANG

Tilawah (P)
Johan : SK SIDAM KIRI
N. Johan : SK TAMAN SERI WANG
Ketiga : SK SG. PETANI

Tilawah (L)
Johan : SK SG. PETANI
N. Johan : SK TAMAN RIA
Ketiga : SK SERI GEDONG

Kalam Jamei
Johan : SK SG. PETANI
N. Johan : SK SG. PASIR
Ketiga : SK SG. LAYAR

Dikir Barat
Johan : SK SG. PASIR
N. Johan : SK TIKAM BATU
Ketiga : SK SG. PETANI

Monday, July 28, 2008

SEKITAR TAKLIMAT PENGHAKIMAN MKQ PERINGKAT ZON BAGI DAERAH KMY








27 Julai - Taklimat Penghakiman MKQ peringkat zon bagi Daerah KMY telah di Dewan SMS Sultan Mohammad Jiwa. Seramai 135 guru-guru j-QAF telah terpilih untuk menjadi hakim dan juri bagi MKQ kali ini yg melibatkan penyertaan sebanyak 51 buah sekolah seluruh KMY yg dibahagikan kepada tiga zon.


Taklimat ini berjalan dengan lancar dengan dibantu oleh para urusetia dan penyelaras zon yg telah dilantik. Bagi acara kuiz, Sdr Nasir Majid telah memainkan peranan dengan baik sekali. Begitu juga dengan Sdr Azizi Saad (Tilawah) Sdri Rohaiza (Kalam Jamaie) dan Sdri Shatirah (Dikir Barat) yg nyata tidak mengecewakan sama sekali.


Harapan yg amat menggunung agar KMY dapat memilih wakil yg terbaik ke peringkat negeri yg insya-Allah akan diadakan pada Oktober nanti.

Tuesday, July 22, 2008

BENGKEL PEMURNIAN SOALAN KUIZ MKQ PERINGKAT ZON DAERAH KMY






23 Julai - Bengkel Pemurnian Soalan Kuiz MKQ Peringkat Zon Daerah Kuala Muda Yan telah diadakan di SK Jeniang hari ini. ini susulan dari bengkel pertama yg telah diadakan di SK Tasek Apong pada 20 Julai yg lalu.


seramai 13 org guru j-QAF terlibat dalam bengkel kali ini. Mereka ialah : Sdr. Nasir Majid (SK Jeniang) Sdr. Yasir (SK Gurun) Paksu (SK Bt4) Alang (SK Sg. Lalang) Fahlawi (SK Kampung Pasir) Azizi (SK Amanjaya) Amir (SK Tunku Ismail) Mutalib (SK Kem Lapangan Terbang) Syatirah (SK Sg. Pasir) Rohaiza (SK Bandar Baru Sg. Lalang) Norazlina (SK Tn. Syed Jan) dan Muna (SK Sg. Petani) Rahayu (SK Tikam Batu)


Ust Jamal Abdul Nasir, Penyelia Pendidikan Islam PPD KMY dan Ust Jamaluddin Said, Pegawai Khas j-QAF PPD KMY turut hadir bagi menjayakan bengkel ini.

MESYUARAT PENYEDIAAN BAHAN KURSUS PEMANTAPAN DAN HSP BA THN 2



22 Julai - Satu mesyuarat penyediaan bahan kursus pemantapan j-QAF dan kursus pendedahan HSP B. Arab Tahun 2 telah berlangsung di PKG Sg. Limau, Yan yg melibatkan para pegawai SPPIM seperti Ust. Rushdan dan Ust. Musa Jayyid, Penyelia Pendidikan Islam PPD KMY, Ust Jamal Abdul Nasir dan barisan pegawai-pegawai khas j-QAF PPD yg turut hadir antaranya Ust Nadzari Mahmud (PPD PTP), Ust Jamalludin Said (KMY) Ust Mokhtar (KBB) Ust Rifae (BLS) Ust Abd. Samad (KP) dan Ust Dziauddin (KS). Ust Bahari dari PPD Langkawi tidak dapat hadir.


antara barisan JLU KMY yg terlibat dgn mesyuarat ialah : Sdr. Muhd Yasir Fakhrurrazi (SK Gurun) Sdr. Nasir Majid (SK Jeniang) dan Sdr. Amran Saidin (SK Sg. Pasir) - bagi kursus pemantapan j-QAF- Sdr. Pisal Mat Isa (SK Kota Kuala Muda) Sdri Rohaiza Said (SK Bandar Baru Sg. Lalang) dan Sdr. Amir Mohd Nason (SK Tunku Ismail) - kursus pendedahan HSP B. Arab-


terima kasih kepada pihak SPPIM kerana memberi kepercayaan kepada barisan JLU KMY utk turut sama terlibat dalam program2 anjuran JPN ini.

Sunday, July 20, 2008

Bertemu kembali

assalamualaikum..
rasanya dah lama sangat saya tak update blog ni.. sejak ia mula dibangunkan pada Mei 2007, inilah post terbaru yg dapat saya coretkan disini.
sebenarnya terkena juga tempias kerajinan dan semangat ust rushdan yg mula menjadi blogger yg paling aktif di abad ini, jadi rasanya inilah masa yg terbaik utk sama-sama kita suburkan alam siber ini dengan percambahan idea-idea yg boleh dikongsi melalui wadah ini.
hari ni 20 Julai 2008 saya terlibat dengan satu bengkel pembinaan soalan kuiz dan tilawah bagi pertandingan Majlis Khatam Al-Quran (MKQ) peringkat zon daerah kuala muda yan. seramai 13 orang guru-guru j-QAF KMY terlibat secara langsung dalam pembinaan soalan ini.
antara org kuat yg terlibat : Sdr Nasir Majid dari SK Jeniang, Yasir dari SK Gurun, Azizi Saad (SK Amanjaya) Paksu (SK Batu 4) Mutalib (SK Kem Lapangan Terbang) Fahlawi (SK Kampung Pasir) Alang (SK Sg. Lalang) Syatiroh (SK Sg. Pasir) Rohaiza (SK Bandar Baru Sg. Lalang) Rahayu (SK Tikam Batu) Norazlina (SK Tn. Syed Jan) Muna Azizan (SK Sg. Petani)
alhamdulillah soalan2 itu dapat disiapkan dan akan dimurnikan pada 28 julai ini insya Allah.
utk MKQ 2008 ini, sekolah-sekolah yg mengambil bahagian telah dipecahkan kepada 3 zon dengan setiap zon diwakili sebanyak 17 buah sekolah. bagi zon A, tuan rumah adalah SK Hj. Husin Dol, bagi zon B kemungkinan besar ada perubahan tempat - asalanya di SK Sg. Lalang, namun pada tarikh yg sama sekolah ini juga menjadi tuan rumah kepadasatu program UPSR peringkat MGB- dan bagi zon C, tuan rumahnya ialah SK Pinang Tunggal.
tarikh pertandingan ialah pada 2 Ogos 2008 dan pemenang iaitu johan dan naib johan bagi setiap acara akan mewakili zon masing2 keperingkat daerah yg akan diadakan pada 30 Ogos 2008 bertempat di SK Petani Jaya.
mudah-mudahan KMY dapat menghantar kontinjen yg terbaik ke peringkat negeri yg mungkin akan diadakan sekitar bulan Oktober di daerah Padang Terap/Pendang.

.