Tuesday, September 16, 2008

Pertemuan Yang Tak Diduga


Hari ni (16 hb. September) saya bersama sahabat, Azizi Mokhtar berkesempatan untuk hadir ke Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dewan Mutiara Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia ini merupakan program peringkat kebangsaan edisi ke-3 di mana pada tahun lalu program ini telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan serentak dengan perasmian makmal j-QAF oleh YAB Timb. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Apa yang menarik, program ini dapat menghimpunkan murid-murid j-QAF seluruh negara yang telah pun khatam al-Quran melalui program j-QAF ini.

sekalipun saya dan Azizi hadir bukan sebagai jemputan mahupun sebagai guru pengiring, namun atas rasa ingin turut sama merasai kemeriahan majlis seumpama ini apatah lagi ianya berstatus 'Peringkat Kebangsaan' tidak mungkin kami lepaskan.

manalah tahu kalau2 Kedah pula dipilih sebagai tuan rumah program seperti ini untuk tahun2 akan datang..mungkin ada pengalaman yang dapat dikongsi bagi memantapkan persiapan dan perjalanan program2 akan datang. syabas kepada kontinjen Kedah!

ingin saya kongsi di sini bagaimana kehadiran saya ke majlis ini rupanya telah mempertemukan saya dengan Cikgu Wan Zolkifli, orang lama Derang yang telah sama2 bersusah payah membangunkan MTID bersama almarhum Syeikh Niamat satu ketika dulu. ketika itu beliau bertugas di sekolah pendidikan khas, Jabi, Jalan Langgar dan kini beliau bertugas di sekolah pendidikan khas, Alma sejak hampir 10 tahun yang lalu. tertanya juga saya bagaimana beliau boleh hadir ke majlis j-QAF ini.. rupa-rupanya beliau bertanggungjawab menguruskan multimedia teks al-Quran Brail ketika seorang qari yang cacat penglihatan memperdengarkan bacaan.

ternyata Cikgu Wan Zol tidak banyak berubah.. setelah hampir 10 tahun tidak bersua, beliau tetap dengan identiti yang begitu low profail dan waraknya. apa yang dikagumi, beliau masih mengenali saya walaupun setelah sekian lama tak berjumpa..
waktu berbuka juga menarik..terima kasih Ust Jamal, Ust Rushdan, Ust Jamaluddin, Ust Mokhtar, Ust Dziyauddin, Ust Mutalib, Ust Samad, Sdr Hafiz yang turut hadir ke majlis khatam ini dan sama2 berbuka puasa di sebuah restoran nelayan di Teluk Tempoyak. terima kasih kepada yang belanja:)

Sunday, September 7, 2008



07 September - Taklimat Pelaksanaan Majlis Khatam al-Quran dan Ihya' Ramadhan telah diadakan di SK Taman Intan, Sg. Petani. Majlis ini yang insya-Allah akan berlangsung pada 17 September akan di tempat yg sama.

taklimat ini telah dihadiri oleh Pegawai Khas j-Qaf KMY, Ust Jamaludin Said, Guru SK Tasek Apong merangkap Pengerusi Panitia Pend. Islam Daerah, En. Shaari Awang, Guru Besar SK Taman Intan, Pn. Azhariah selaku tuan rumah dan AJK Guru-Guru j-QAF Daerah Kuala Muda Yan.

Majlis Khatam ini akan berlangsung dengan penglibatan murid seramai 100 orang dari 45 buah sekolah-sekolah program j-QAF kohot 2005 dan 2006. murid-murid ini akan dipilih dari kalangan mereka-mereka yg telah pun khatam al-Quran sepanjang mengikuti program j-QAF di sekolah masing-masing.

selain itu, agenda post mortem MKQ Daerah KMY 2008 turut dibentangkan. beberapa perkara telah dibincangkan bagi melihat kekuatan dan kelemahan perjalanan MKQ kali ini agar ianya dapat dijadikan panduan utk melakukan proses penambahbaikan bagi program-program akan datang.

Ust Jamaludin turut membentangkan beberapa program mega peringkat daerah dan negeri yg akan diadakan selepas cuti hari raya aidil fitri akan datang. pada 18 Oktober akan berlangsung MKQ peringkat negeri di SMK Kuala Nerang. begitu juga dengan pelaksanaan Kem Literasi al-Quran (KLaQ) peringkat daerah, Kem Bina Juara peringkat negeri dan juga Mukhayyam Bahasa Arab bagi murid-murid GALUS peringkat negeri yg khabarnya akan diadakan di Kulim.

Thursday, September 4, 2008

MKQ Daerah KMY Berlangsung Meriah





28Ogos yang lalu telah berlangsung Majlis Khatam al-Quran peringkat Daerah Kuala Muda Yan yang diadakan di SK Petani Jaya, Sg. Petani. Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan, Tn. Hj. Ismail b. Shahidan. Hadir sama Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Ust Azizan Ibrahim

Turut hadir ke majlis ini , Penyelia, Ust Jamal Abdul Nasir, Pegawai j-QAF KMY, Ust Jamaludin Said, Pegawai-Pegawai Khas dari SPPIM, Ust Musa Jayyid dan Ust Khairul Anwar dan juga guru-guru besar daerah KMY.

MKQ tahun ini menunjukkan peningkatan yang begitu ketara. dengan persiapan yang rapi dari sekolah-sekolah yang bertanding, persembahan yang diberikan pada MKQ 2008 ini amat menarik dan diharap dapat memberi cabaran apabila sekolah-sekolah yang memenangi setiap acara yang dipertandingkan akan berentap diperingkat negeri yang insyaAllah akan diadakan pada pertengahan Oktober nanti di SMK Kuala Nerang.

apa yang menarik, MKQ kali ini turut mendapat kerjasama yang amat baik dari GPI yang berpengalaman luas khususnya dalam bidang tilawah al-Quran. mereka ini telah dilantik sebagai hakim bagi acara tilawah.


johan-johan yang akan mewakili KMY nanti ialah :


Tilawah (L)

SK Tasek Apong


Tilawah (P)

SK Amanjaya


Kuiz

SK Tikam Batu


Kalam Jamaei

SK Sg. Pasir


Dikir Barat

SK Tikam Batu

.