Saturday, December 12, 2009

Ust. Arman yg ku kenali..

Sejambak takziah diucapkan buat keluarga Almarhum Ust. Arman Md. Rusoff, Pegawai MSD Jordan yang telah kelbali ke rahmatulLah dua hari lalu di Jordan.

aku sebenarnya bukanlah rapat dan kenal sgt dengan ust Arman ni kecuali setelah aku diterima sebagai guru j-QAF pada 2005 dan bertemu sendiri dengan beliau pada kursus pemantapan guru j-QAF di Langkawi pada tahun 2006. beliau hadir pada ketika itu utk menyampaikan ucapan perasmian..

perkenalan dari jauh kami berterusan ketika aku dan 3 lagi rakan dari kedah dipilih untuk mengikuti kursus pendedahan SP & HSP Bahasa Arab tahun 1 pada Julai 2007. Ketika itu ust Arman bertindak sebagai pengurus projek sesuai dengan jawatan beliau di JAPIM (sekarang BPI) di KPM, Putrajaya.

kami bertemu lagi utk sekian kalinya di Langkawi pada April 2008. ketika itu aku hadir sebagai peserta bagi mesyuarat kawal mutu HSP Thn 3 dan modul mukhayyam B. Arab yang diadakan di Hotel Aseania. hubungan beliau yg amat-amat rapat dengan ust rushdan, pegawai j-QAF kedah (sekarang sedang melanjut Phd. ) dan ust Hasmadi, pegawai Khas j-QAf Daerah Kulim (kini sedang mengikuti pengajian MA) menjadikan aku dan rakan-rakan bahasa arab di kedah turut terkena tempiasnya..

Pada Julai 2008 sekali lagi kami bertemu di Putrajaya utk Kursus pendedahan SP dan HSP tahun 2..saat ini sudah ada ura-ura bahawa kursus bahasa arab kali ini adalah yg terakhir di bawah kendalian ust Arman kerana beliau mendapat tawaran dengan biasasiswa penuh utk melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd.

Rupanya beliau memilih utk ke Jordan sebagai pegawai atase pendidikan di MSD Jordan. samada Phd atau MSD, bahasa arab di KPM tetap kehilangan seorang yang begitu mendapat perhatian dan harapan dari mantan TKKP, Dato' Hj. Dangiran Mustafa.

Dan hari ini..kita semua benar-benar kehilangan ust Arman utk selamanya!Allah lebih menyanyangi beliau..Semoga rohnya bersemadi dengan tenang bersama mereka-meraka yang diterima disisi Allah!

al-Fatihah..

Tuesday, September 15, 2009

Kursus Pendedahan HSP BA Tahun 3 Peringkat Kebangsaan


Bersama rakan-rakan dari Johor, Kelantan, KL

Sesi Ta'allum Ta'awuni

Sesi pembentangan kaedah ta'allum ta'awuni

Majlis penutup bersama Pengarah dari Bahagian Pembangunan Kurikulum

Tuesday, September 1, 2009

Hepi Besday Kakak..

Ini Nurul Iffah..dh pandai mengemas dia ni:-)

Hepi Besday kakak..

Bersama sepupu-sepupu...dari kiri Fawwaf, Aufa, Kakak dan Uwais.

Dah penat..terbongkang la dua orang ni



Tanggal 31 Ogos merupakan hari istimewa bagi Malaysia apabila tanah melayu ini bebas dari genggaman penjajah sejak hampir 500 tahun lalu..sudah pasti hari yang bersejarah ini disambut dengan penuh rasa syukur kita kepada Allah s.w.t, pemilik segala kebebasan dan kemerdekaan yang mutlak!

Bagi aku dan keluarga, 31 Ogos juga merupakan hari yang amat bersejarah buat kami..pada tanggal inilah isteri aku selamat melahirkan anak sulung kami, Nurul Izzah Sofiyyah 4 tahun yang lalu di Hospital Kulim. Alhamdulillah, disaat warga Malaysia menyambut dan meraikan ulangtahun kemerdekaan, kami sekeluarga menyambut 31 Ogos sebagai hari kelahiran cahaya mata yang sulung.

Sempena bulan Ramadhan ini, kami ambil kesempatan menjemput mak abah dari Kuala Ketil untuk berbuka bersama kami..tak dilupakan juga semua adik-adik aku..Pak Ngah Li dan keluarga, Pak Andak Aswad dan keluarga, Paksu Amin..Pak Lang tak dapat datang, ada komitmen lain..Mak Teh ada kat Kg. Pandan di rumah mertuanya..Pakcik Yep ada kat asrama di Derang!

Terima kasih buat semua yang sudi hadir ke majlis yang serba ringkas ini..walaupun ada yang kurang sihat..abah tak sihat tu, semoga lekas sembuh!

Buat anak-anak buah yang dah mula riuh rendah tu..terima kasih menceriakan kak Ijah pada besdaynya..terima kasih hadiah dari Fawwaz dan Aufa untuk kak Ijah!

Tak lupa buat keluarga Tangkak..nenek, tokwan, Pak Long dan Maklong, Pak Ngah Yen..terima kasih bagi meja yang cantik untuk kakak, Cik Im, (Cik Im ingat dak kat Kakak?), Cik Dayah dan Aco!

Wednesday, August 12, 2009

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.
Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.
Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.
Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.
Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.
Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."
Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.
Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.
Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.
Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.
Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.
Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.
Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.
Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."
Ia bermaksud: ?Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."
Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."
Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.
Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.
Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.
Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?
Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."
Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.
Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.
Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.

Anugerah Sijil Dekan Sem. II

Menerima sijil dari Prof. Dato' Abu Talib, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Bersama Prof. Madya Dr Mohd Radzi Othman, Pensyarah Kuliah Hadith.

Isnin lalu, 10 Ogos 2009 aku ke USM bagi memenuhi jemputan School of Humanities ke Majlis Anugerah Sijil Dekan bagi Sidang Akademik 2009/2010 Sem. II..Alhamdulillah ini kali kedua aku menerima anugerah ini setelah menerimanya pada sem. 1 yang lalu!

kawan-kawan lain turut sama menerima anugerah ini..azizi, wan kamal yang sudah pun konvo pada 12 Ogos yang lalu, tahniah atas kejayaan anda!
Terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan..mak abah, terima kasih banyak2, isteri dan anak2 yang memahami!tak dilupakan Tn. Guru Besar yang banyak memberi pandangan dan tunjuk ajar..terima kasih!

Friday, July 24, 2009

Proposal dah lulus..Alhamdulillah!

Pagi ni aku dah siap2 nak ke USM utk pembentangan proposal disertasi MA aku bagi kali yg kedua..kali ini rasanya aku lebih bersedia dengan segala persediaan dari sudut material dan mental aku sendiri.

9.45 pagi aku sampai di USM..terus ke bilik mesyuarat II di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian. panel seminar semuanya dah ada pun, sahabat Rizalman Yahya sedang membentangkan proposal beliau dan diterima!

giliran aku tiba jam 11.15 pagi..tajuk kali ini Hadith-Hadith Pusaka Dalam Al-Sunan Al-Sittah : Takhrij dan Analisis Hukum diterima oleh panel dengan beberapa penambahan yg perlu aku beri perhatian!syukur alhamdulillah..dah boleh start mengumpul dan menyusun bahan..aku cuma ada 11 bulan saja lagi utk siapkan disertasi ini..Julai 2010 wajib serah kalau tidak aku akan dikira gagal!

rakan-rakan yang sudi membantu..terima kasih atas bantuan dan sokongan yang bakal kalian hulurkan :)

Monday, June 22, 2009

Data e-Pelaporan, Mesyuarat Penyelarasan Kursus P&P Quran dan Makan Durian


Ahad 21 Jun 2009 - Pagi2 lagi aku dah bergerak ke PKG Gurun utk bertindak sebagai fasi dan urusetia bagi mengumpul data e-pelaporan peringkat daerah KMY!alhamdulillah semua kohot yg hadir mengikut jadual dapat menyerahkan data yg telah siap diimport eksport dalam bentuk pendrive..tak mcm dulu, kena kumpul dalam disket..serabut dengan disket yg byk2 tu!selain aku, turut dilantik menjadi fasi ialah sdr Alang dan Sdr Nasir Majid sebagai fasi utama dan sdr Yasir serta sdr Fahlawi sebagai pembantu fasi!


waktu rehat kul 1 tu sdr yasir ajak kami pi makan pulut durian rumah mertua dia kat belakang Gunung Jerai..memang baiik punya durian-durian kat situ!sempat aku posing dgn sebiji buah durian ni yg beratnya 5kg, isinya lembut mcm aiskrim!


lepas pekena pulut durian, aku terus ke JPN..kawan2 lain balik ke PKG sambung kumpul data. aku ada mesyuarat dengan ust Musa bersama rakan-rakan lain seperti ust Hafiz, ust Malik dan ust Sharunniza. tujuan mesyuarat ini ialah bagi menyelaras kursus P&P Al-Quran yg bakal kami bentangkan esok (22 Jun di PKG Padang Serai) kepada GPI daerah Kulim Bandar Baharu..sebelum ni kursus-kursus hanya disertai guru j-QAF saja..jadi bila nak kena bentang kat GPI ni, kami nak kena buat persediaan yg secukupnya agar segala modul yg akan dibentangkan dapat diterima dengan baik oleh GPI (maklum la orang muda nak bagi kat orang2 lama ni;)
selesai mesyuarat, jumpa sat dgn Ust Khairul Anuar, Penolong Pengarah Bahasa Arab..dia maklumkan kat aku ada satu bengkel bina P&P akan diadakan dalam bulan Julai ni..dia mintak aku rancang sikit apa benda yg nak kena buat utk bengkel tu!dalam perjalanan balik aku sempat berbincang melalui telefon dengan bakal pensyarah KUIN, Sdr Ahmad Nasir Awang pasal bengkel ni dan janji jumpa dgn azizi kat tol pendang juga bincang perkara yg sama!

Sunday, June 21, 2009

Karnival Badan Beruniform di Terengganu

Nakhaei, sahabat yg bawak aku jalan-jalan

Aku ke Terengganu minggu lepas..sapa sangka, aku pun tak sangka nak pi sana!semuanya kerana ust Izad terpaksa tarik diri atas alasan yang kukuh iaitu isterinya bersalin..aku kena pi!tak dak masalah tu..

inilah buat julung-julung kalinya aku ikut rombongan sekolah sejak aku masuk ke SK Tunku Ismail ni..sebelum ni ada saja sebab2 yg menghalang aku utk turut serta.

sebenarnya tujuan ke Terengganu kali ini adalah dengan idea dan perancangan dari Tn. GB sendiri..beliau telah merancang sejak berbulan yang lalu dengan mengatur AJK dan menyusun program untuk turut sama berkongsi pengalaman bersama SK Rantau Petronas, Kerteh Terengganu.

Dengan 10 orang guru pengiring dan 30 orang murid yang mewakili pelbagai badan beruniform, pasukan ini akan bergabung dengan badan-badan beruniform dari SK Rantau Petronas dengan jumlah sekitar 250 orang murid.

Memang fizikal SK Rantau Petronas ini cantik dan kemas..dengan kedudukannya yg begitu hampir dengan pesisir pantai yg cantik, menjadikan segala-galanya serba lengkap bagi sekolah ini.

3 hari 2 malam berkampung di tapak perkhemahan SK Rantau Petronas ni sudah tentu memberi banyak pengalaman berharga yang boleh dikutip..aku teringat kata-kata GB SK Rantau Petronas, Pn. Khadijah ketika majlis perasmian..katanya, program seperti ini dianjurkan adalah bagi menyediakan ruang kepada para murid untuk mencipta pengalaman ketika berada di sekolah..

Kesempatan berada di Kerteh ini tidak aku sia-siakan..aku sempat menghubungi rakanku yg menetap di Kemaman..alhamdulillah dia juga lapang utk berjumpa dan bawak aku jalan2 sekitar Paka dan Kerteh.

Mesyuarat JK j-QAF Daerah Kuala Muda Yan




Rabu 17hb Jun 2009 telah berlangsung mesyuarat JK Guru-Guru j-QAF Daerah KMY. Mesyuarat yang dilangsungkan di Biliki Mesyuarat SK Sg. Layar itu dihadiri oleh 25 guru-guru j-QAF KMY..turut hadir Ust Jamaluddin, Ust Jamal ABdul Nasir dan Cikgu Shaari Awang, GB SK Sg. Layar.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah yang pertama, untuk membahagikan AJK bagi setiap PKG di dalam daerah KMY ini yg bertujuan utk melicinkan tugas dan hebahan maklumat yg lebih tepat dan pantas.

turut dibincangkan ialah beberapa perancangan program-program j-QAF peringkat daerah bagi 6 bulan kedua tahun 2009 ini. antara program yg dibincangkan ialah MKQ atau mungkin dengan nama barunya iaitu Mahrajan Pendidikan Islam, Kem Bina Juara (Jawi), Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) dan mukhayyam Bahasa Arab.

Wednesday, June 17, 2009

Forum : Jalan Menuju Ke Syurga

Dari hujung sana, aku sendiri, Aswad, Amri dan Azli


Tugas kat UM selesai sekitar jam 12 tgh..aku kembali ke Seri Kembangan untuk persiapan balik ke Kedah.sekitar jam 2 ptg aku bertolak balik ke Kedah.

Memang aku kesuntukan masa sebenarnya..kerana sebelah malamnya aku harus memenuhi jemputan forum anjuran Kariah Bandar Puteri Jaya Sg. Petani. apa yg menarik tentang forum ini ialah, ahli-ahli panel yg dijemput adalah terdiri dari adik-adik aku sendiri dan aku diamanahkan sebagai moderator dalam forum yg bertajuk "Jalan Menuju Ke Syurga" ini.

Ahli panel pertama Sdr. Aswad Mohd Nason (adik yg ke-4), pelajar tahun akhir KUIN. Ahli Panel kedua, Sdr Amri Mohd Nason (adik yg ke-3), tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Mutmainnah, Pinang Tunggal Kedah dan yang terakhir Sdr. Azli Mohd Nason (adik yg ke-2), tenaga pengajar di SMA Al-Islah, Sg. Petani.

Ia benar-benar satu sejarah buat keluarga kami..

Sunday, June 14, 2009

Ke Library UM




Khamis lepas aku ke KL..itu saja hari yg ada bagi aku!sepanjang cuti isteri kursus KPLI jQAF..memang tak pegi mana la!kebetulan hari khamis terakhir tu jadual kuliah di maktab dah habis, jadi aku cadang utk ke KL bersama keluarga mertua yg memang nak balik ke Tangkak dah pun..

Tujuan ke KL pun bukannya apa, aku nak ke library UM saja..itu tujuan aku, tak dak yg lain. adik ipar pun ada dan dia pun baru saja grade ijazah pertama pengajian Islam UM Jabatan Fiqh dan Usul..aku ajak dia utk temankan aku meninjau-ninjau apa2 bahan yg mungkin berguna utk menamatkan pencarian tajuk disertasi aku ni!

12.30 tgh hari khamis tu baru kami dapat bertolak dari rumah aku..mcm2 hal yg ada pagi tu, pegi servis kereta la, pegi cari itu la, ini la..mcm2!

Kami bercadang utk mabit di Seri Kembangan, rumah biras aku - Ramadhan namanya - yg bertugas di INTAN Wilayah Tengah..sejak dia kawin dengan adik ipar aku yg sorang lagi tu, tak pernah lagi aku sampai ke rumah dia!

7 malam kami sampai di Seri Kembangan..cadang nak ajak terus adik ipar aku yg namanya Muhd Imran tu ke library..malam tu jugak!rupanya dah tutup..cuti semester library hanya buka dari jam 8.00 - 5.30 ptg saja..biasanya sampai jam 10 mlm!tak pa..pagi esok ada lagi!
pagi jumaat awal2 lagi dah bangun..hari biasa pun awal jugak :)sebelum kul8 lagi kami berdua dah keluar menuju nahwa UM!sekitar jam 9 kami sampai dan terus ke library..

Alhamdulillah banyak bahan seperti tesis dan disertasi serta kajian-kajian lalu yg disimpan di library Pengajian Islam ni..antara yang sempat aku tinjau ialah disertasi :

Khadher Ahmad (2007). Sumbangan Syeikh 'Abd Al-Samad Al-Falimbani dalam bidang hadith : analisis metodologi penyusunan dan takhrij hadith dalam kitab hidayah al-salikin.

Rizalman Muhammad (2007) Hadith-hadith wasiat dan hibah di dalam al-Sunan al-Sittah : takhrij dan analisis hukum
Rosni Wazir (2006). Hadis-hadis dalam Kasyf al-ghummah juzuk pertama karya Syeikh Daud al-Fatani : takhrij dan ulasan
Mazlan Sidek (2005). Hadis dalam kitab al-Durr al-Thamin karangan Syeikh Daud al-Fatani : takhrij dan analisis.

Tuesday, June 9, 2009

Proposal ditolak..


Isnin lalu aku ke USM bagi membentangkan proposal disertasi. Seminggu bercuti aku tak ke mana-mana..hanya utk siapkan proposal ni saja!aku emailkan proposal kepada penyelia, Dr. Jasni Sulong dan beliau bersetuju dengan tajuk yg aku pilih iaitu Takhrij dan Analisis 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman susunan Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.


Namun kuasa pemutus samada diterima atau tidak sesuatu proposal hanya dapat dibuat di dalam seminar proposal yang akan dihadiri oleh semua pensyarah yang berkaitan. Setelah aku membentangkan proposal ini ternyata tajuk ini tidak cukup 'kuat' untuk dijadikan sebagai satu disertasi dengan berbagai alasan yang diberikan oleh board pada hari itu yang diketuai oleh Dr. Radzi Othman..


Apa boleh buat..kena la cari tajuk lain plak dan buat plak proposal baru untuk dibentangkan dalam seminar akan datang!kawan-kawan ada cadangan ker?


Haa..result semester 2 keluar ari ni, alhamdulillah lulus dengan baik!

Friday, April 24, 2009

Hoki, Exam dan Rumahku..

Esok aku exam..exam terakhir utk semester 2 iaitu sidang akademik 2008/2009. semester ni cuma dua kertas saja yang tinggal, Kajian Sumber dan keaslian Hadith dah pun berlalu pada 18. 04. 2009 yg lalu..esok Tokoh-Tokoh Periwayat Hadith!

bagaikan diatur, saat2 aku amat memerlukan masa dan ketika utk menghadapi exam ni, aku ditugaskan utk membimbing pasukan hoki sekolah utk menghadapi kejohanan hoki peringkat daerah. latihan secara intensif bermula awal April lagi..hampir tiap petang aku akan ke sekolah utk membawa murid-murid yg terlibat ke Padang hoki MPSP utk jalani latihan..malamnya ada ketika yg aku harus ke masjid atau surau memenuhi jemputan kuliah dan sebagainya. selesai semua tu, baru la ada ruang sikit utk membaca dan membelek utk exam!

dengan keadaan rumah baru aku pun yg masih tak siap lagi..sewa sampai hujung bulan ni saja. aku harap esok habis saja exam, aku boleh tumpu terus utk persiapan rumah tu..harap sangat boleh masuk dah hujung bulan yg cuma berbaki 7 hari..

Monday, March 23, 2009

Anak-anakku..

Nurul Iffah comel bertudung..

sibuk jgk si iffah ni..

kakak baru siap solat..




ini anak-anak..ceria bersama menghilangkan lelah dan penat bekerja!benar anak adalah anugerah..anak-anak juga adalah perhiasasan dan mereka harus dicantikkan dengan iman dan akhlak agar sempurna kehidupan dunia akhirat.




Monday, March 16, 2009

Igauan Kemalangan Menghantui Lagi..


Petang Isnin (16 Mac 2009) aku dok bersiap-siap nak balik kampung di Kuala Ketil sebab nak hantar barang yang abah pesan. dah siap semua, mak call bagitau kata mak dan abah ada di sg. petani dan kemungkinan singgah rumah aku utk ambil barang tu. tapi anak aku nak balik jugak rumah tokwan sebab dok teringat nak main dengan sepupu2 dia yang lain..aku pun call balik kat mak dan bagitau kata aku nak balik jugak ke Kuala Ketil.
sampai di sana, aku singgah kedai beli makanan sikit..tak sikit la,ramai kat rumah mak aku tu!aku beli roti canai 10 keping..sambil dok tunggu roti canai siap, aku dok sembang2 dok tuan kedai. mcm2 yg kami ceritakan..lama jugak tak sembang dgn dia!
siap roti canai, aku terus pi ke kereta..terkejut aku bila isteri aku habaq yg adik aku terlibat dalam kemalangan jalanraya bersama anak sulungnya, Abdul Rahman yg baru berusia 3 tahun. aku terus ke klinik tempat adik aku dirawat..alhamdulillah depa tak apa2, cuma cedera ringan selain terseliuh di lutut dan buku lali!
Mohammad Abdul Rahman yang luka didahi, dagu dan beberapa bahagian ditangan dan pinggang


kejadiannya berlaku begini..adik aku ni nak belok ke kanan, kawasan tu plak tengah pekan..dia dok bagi signal sambil dok tunggu laluan dari arah bertentangan tu kosong, tiba2 mai satu kereta ni dari arah belakang cuba utk memotong sedangkan kawasan tu double line, terus disurungnya motor yg ditunggangi adik aku ni dgn anak dia..terpelanting jauh ke depan kedua2 depa ni..alhamdulillah tak dak sebarang kenderaan lain yg mai dari arah yg sama,kalau tidak..hanya Allah yg tahu!


kami satu keluarga sebenarnya masih trauma dgn kejadian yg menimpa sepupu minggu lau sehingga meragut nyawanya..semuanya angkara kecuaian dan kelalaian manusia!
adik aku ni yg no. 3..dulu kami pernah dah jatuh motor sama2 masa aku bawak dia nak balik ke sekolah dulu..tahun 1997 yg lalu!

Wednesday, March 11, 2009

Kematian Menjengah Lagi..


Selasa minggu ke-2 adalah giliran aku di Masjid Pulau Sepom, Tikam Batu. bulan ni baru nak mula setelah 2 kali aku ke masjid tu utk ganti seorang ust yg tak dapat hadir sebelum ni..kerana dok ganti mcm tu, depa mintak aku mai kat depa sebulan sekali.


tengah dok sembang-sembang, aku dapat call dari rumah di kampung..tapi aku tak jawab!lepas aku aku terima sms plak, pun aku tak baca lagi..habih solat isyak baru aku tgk sms tu!rupanya mak aku nak habaq yg sepupu aku meninggal dunia ptg tu, accident motor dgn kereta!innalillahi wa inna ilaihi raaji'un..


sepupu aku ni - nama dia amirul - baru je 18 tahun..esok nak ambik result SPM!tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan makcik aku yg kehilangan seorang anak saat2 mcm ni:-(..baru je bulan lepas kami kehilangan tok wan yg berumur 84 tahun..tapi hari ni kami kehilangan seorang sepupu yg baru berusia 18 tahun!


benar firman Allah s.w.t :


كل نفس ذائقة الموت


apa yg berlaku hari ni benar-benar memberi keinsafan pada semua, betapa kematian tidak pernah mengenal usia!tok wan yg umurnya dah mencecah 84 tahun mungkin boleh kita kata sebagai patut pun dia mati..tapi yg umur baru 18 ni mcmana?bukan ka dia muda lagi??awat nak mati dah??


dalam kuliah di Pulau Sepom tu memang aku dok cerita pasai mati pun..aku bawakkan ayat kedua dari surah al-Mulk (الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا) utk dikaitkan dgn matlamat hidup kita sebenarnya!


ada orang yg tak nak bercakap soal mati dan akhirat..bagi mereka bercakap soal mati ni seolah menjadikan manusia tidak ada motivasi utk membangunkan dunia, umat Islam mundur sebab asyik bercakap soal mati dan akhirat..betul ka mcm tu??


lihat ayat ini :


وابتغ فيما ءاتاك الله الدار الآخرة ، ولا تنس نصيبك من الدنيا وأحسن كما أحسن الله إليك ولا تبغ الفساد في الأرض ، إن الله لا يحب المفسدين - القصص 77


77. Dan carilah pada apa yang Telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah Telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.


Monday, March 9, 2009

Minggu yang agak memenatkan..

Minggu lalu iaitu minggu ke 9 bagi sesi persekolahan 2009 ini bagi aku agak memenatkan..hari-hari penuh dengan aktiviti dan pelbagai program baik program sekolah, PPD dan peribadi.

bermula hari ahad..pagi tu diadakan pelancaran Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang diurus oleh Cikgu Che Razali Saad. petangnya aku memanggil budak-budak yang berminat dengan hoki utk buat selection bagi team sekolah. mujur Cikgu Yaakob, YDP PIBG turun membantu..aku memang tak dak pengalaman langsung dengan hoki ni..ya la, ngaji di Derang dulu mana ada semua2 ni..seumur hidup tak pernah pegang pun kayu hoki. tapi dah sekolah minta pegang team hoki sekolah, aku terima la jugak!malamnya aku ke rumah kawan di Laguna Merbok, diskus sikit sebab khamis ni ada exam mid-sem kat USM..

hari isnin berjalan mcm biasa..tapi hari ni hujan sungguh lebat!dari sekolah aku melencong sikit ke pekan, ada urusan yang nak kena siapkan!balik rumah dalam kul 4 lebih mcm tu..tengok ayaq ada kot seinci lagi nak masuk rumah..ahh, kacau ni!bila ada kereta ka lalu pasti mengundang ombak besar tsunami yang terus memukul masuk dalam rumah!alhamdulillah setelah hujan agak reda, ayaq pun surut semula!

selasa pun mcm biasa..cumanya minggu ni bermula kemarin diadakan ujian pengesanan fasa 1 Mac 2009!sambil2 jaga peksa, aku sibuk siapkan soalan-soalan kuiz yang diminta oleh pihak PPD dan Petronas Fertilizer Kedah..ni sebenarnya bidan terjun je ni, tetiba je kena buat..apa pun terima sajaa!

rabu aku dah atur utk sesi kedua pemilihan team hoki, tapi aku dapat surat jemputan ke mesyuarat penyelarasan kuiz dan syarahan tokoh Islam di Petronas Fertilizer Kedah, Gurun. so, aku kena batalkan sesi pemilihan tu..keluar dari sekolah lebih kurang kul 12.30 dah, ambik anak pastu tunggu isteri abis sekolah dah tu aku terus ke Gurun.lambat jugak abis..kul 6 ptg baru sampai rumah.

khamis ni sibuk dengan persiapan dan raptai Majlis Anugerah Cemerlang 2008..pagi masuk kelas jap, lepas rehat terus semua murid berada di dewan utk sesi raptai. hari ni sebenarnya hari ni ada exam, kami atas cadangan kami sendiri kepada pensyarah, Dr. Radzi Osman, beliau bersetuju utk postpone exam ni ke hari sabtu!syukur..tapi ptg ni aku kena pi Petronas lagi..ptg ni ada acara kuiz tokoh-tokoh Islam sempena Pameran Kegemilangan Islam anjuran Petronas Fertilizer Kedah..penyertaan terbuka kepada para pengunjung dan soalan-soalannya berkisar tokoh-tokoh Islam yang dipamerkan dalam pameran ini!

jumaat pun tak dok saja..pagi lagi dah kena pi Petronas Gurun ni, ada satu lagi program yang aku terlibat iaitu acara akhir pertandingan syarahan tokoh Islam sekolah-sekolah menengah Daerah Kuala Muda Yan..seramai 12 orang peserta (6 lelaki dan 6 perempuan) yang layak ke akhir ini dipilih pada peringkat saringan yang diadakan pada 28 Feb yang lalu di SMK Gurun. aku diamanahkan sebagai MC pertandingan ini..Juara lelaki dari SMK Bakar Arang dan juara perempuan dari SMK Agama Yan.

hari sabtu bersiap utk exam kul 3 ptg..12.30 tghari dah bertolak pun ke USM, nak ambil peluang berbincang lagi dengan kawan2 lain. keluar exam semua pakat dok tengok hang aku..boleh jawab ka tak boleh jawab ni??:)

ahad minggu ke 10..hari ini ada Majlis Anugerah Cemerlang utk murid yang mencapai kejayaan pada peperiksaan akhir tahun 2008. murid 5A tahun lepas pun dijemput..22 orang semuanya!depa ni dah tertaburan pun sekolah-sekolah seluruh Malaysia..paling jauh di Yayasan Saad Melaka. malam ni aku ke Derang, ada forum sempena Maulid Nabi anjuran Ikatan Lepasan Maahad (ILMAM) dan MTID sendiri..aku jadi pengerusi forum ja dengan barisan panel terdiri dari Ust Hafiz Mustafa Lubis, YDP ABIM Kedah, Ust Husni Abdullah - lepasan Maahad-, Pensyarah di Kolej Universeiti Islam Antarabangsa Selangos (KUIS) dan Ust Zamri Hashim, tenaga pengajar di Pusat Tafaqquh, Maahad Derang. hemm..kul 2.30 pagi baru sampai umah!

isnin cuti maulid..buat kerja sikit kot rumah, tak pi mana pun!malamnya ada jemputan ceramah maulid di Asrama SMK Khir Johari, Sg. Petani...

begitulah minggu ni..esok MTQ plak, zon Kuala MUda 2 akan berlangsung di SK Berapit, Tikan Batu. aku terlibat sebagai hakim hafazan..

Tuesday, February 24, 2009

Family First??

Kalau anda diberi pilihan, family atau career yang menjadi keutamaan?? Sebagai guru dan pendidik, sekolah bagai rumah kedua dan murid-murid serta warganya bagai keluarga kedua. Namun rumah dan keluarga sendiri tetap segala-galanya bagi kita.

Dua tiga hari ni aku rasa agak serabut sikit..mana taknya, anak sulung hari ni dah 5 hari demam tak kebah2!risau la plak..dengan kes denggi dan chiku yang kembali menyerang area SP ni, aku jadi risau sangat! anak sulung aku ni sebenarnya seorang yang sgt2 ceria dan banyak cakap..setiap hari bila aku ambil dia dari PASTI, ada saja cerita
dan benda baru yang nak dikongsi bersama!biarpun masa tu aku letih dan penat baru balik sekolah, tapi keletah anak yang satu ni buat aku jadi terhibur..org lain pun rasa mcm tu la jugak kan? tapi dah hampir 6 hari aku rasa sunyi tanpa celoteh tu..

Dua hari, Ahad dan hari ini aku bawa dia ke sekolah..kemarin aku ambik cuti!aku tak sanggup nak letak dia kat PASTI tu..demam dia kuat dan aku susah hati nak letak dia kat cikgu2 PASTI yang mungkin sibuk melayan dan menjaga murid-murid lain. aku bawak dia pi sekolah..bawak lapik biaq dia tidoq kat belakang dalam bilik j-QAF, aku ngajar kat depan!biar pun aku jadi mcm terkejar2 la sikit..pegi cari kelas yg nak ajar, mintak depa masuk ke bilik j-QAF. anak aku tidor je kat belakang..ntah dia selesa ka dak dgn keadaan mcm tu!aku tak tau la apa yg aku buat ni betoi ka dak..aku pikiaq jugak apa kata kawan-kawan di sekolah, GB dan lain-lain dgn apa yg aku buat ni!

dari kecik dia memang dok dengan aku, usia 3 bulan mama dia dah balik ke UIA meneruskan pengajian..aku jaga dia, sakit demam aku yang tgk!sebab tu aku dapat rasa yg demam dia kali ni lain macam sikit..teruk dari demam biasa!

Doakan moga Nurul Izzah Sofiyyah lekas sembuh dan kembali ceria..


اللهم لا شفاء إلا شفاؤك شفاءً لا يغادر سقماً

Tuesday, February 17, 2009

Sukan, biar tepat dengan kehendak Islam!


Realiti Sukan

Dalam pandangan Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan. Sukan yang dianjurkan oleh Islam adalah untuk membina setiap muslim menjadi mujahid, misalnya berkuda, memanah, menembak dan sebagainya-(kekuatan fizikal bagi seseorang muslim itu selayaknya digunakan untuk berjihad di jalan Allah swt bukannya digunakan untuk bermegah-megah seperti pertandingan sukan hari ini). Istilah lahwun yang dibolehkan adalah nyanyian yang tidak mengundang perkara-perkara yang lagha seperti nasyid dan sejenisnya. Tentu ini dibolehkan selagi ia tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajiban. Oleh itu, sukan memang diperbolehkan tetapi tidak boleh hingga meninggalkan sebarang kewajiban. Sebagai contoh, kerapkali perlawanan final Piala Malaysia diadakan, ianya dimulakan pada pukul 8.45 malam, tetapi penyokong sudah berpusu-pusu masuk ke stadium seawal jam 6.00 petang. Dalam hal ini, sukan tersebut adalah haram kerana meninggalkan kewajiban solat maghrib. Imam As-Syathibi menyatakan: “hiburan, permainan dan bersantai adalah mubah atau boleh asal tidak terjadi suatu yang terlarang.” selanjutnya beliau menambah “ Namun demikian, perkara tersebut tercela dan tidak disukai oleh para ulama." Bahkan mereka tidak menyukai seorang lelaki yang dipandang tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupannya di dunia dan tempat kembalinya di akhirat kelak, kerana ia telah menghabiskan waktunya dengan berbagai macam kegiatan yang tidak mendatangkan suatu hasil duniawi atau ukhrawi.”

Apabila kita meneliti setiap sukan yang dianjurkan, ianya mesti terorganisasi supaya perjalanan sukan itu berjaya dilaksanakan. Oleh itu pasti akan dilantik para pegawai, jurulatih dan pelatih bagi setiap jenis dan peringkat sukan. Setiap peringkat mempunyai pegawai tetap, masa latihan dan jadual pertandingan. Ini menyebabkan generasi muda mula sibuk dan tidak ketinggalan golongan tua kerana perbincangan mereka selalu berkisar tentang setiap sukan yang diminati dan yang dipertandingkan. Setiap pasukan yang mempunyai penyokong setia akan menghabiskan seluruh tenaga dan wang mereka demi pasukan idola mereka. Apabila wujud pergaduhan didalam sesuatu pertandingan sukan, peminat dan penyokong sering akan campur tangan untuk ‘memeriahkannya’ seperti membaling kerusi, memukul penyokong lawan dan sebagainya. Seseorang dipukul o leh pihak lain, sudah pasti memanggil kawannya yang sama negeri, negara atau bangsa. Dan realiti ini sudah tentu membakar semangat nasioalisme yang bertentangan dengan Islam. Dalam suatu peristiwa Jabir bin Abdullah Al-Ansari telah meriwayatkan apa yang berlaku di Al-Muraysi dimana golongan munafik cuba menyalakan perasaan assabiyyah dikalangan kaum muslimin:

“Kami sedang didalam suatu sariyyah bilamana salah seorang Muhajirun telah menendang salah seorang Ansar. Si Ansar menjerit “Wahai Ansar bantulah aku” dan Muhajirin juga menjerit, “Wahai Muhajirin bantulah aku”. Mendengarkan ini Rasulullah saw berkata “Mengapakah kamu hidupkan sesuatu dari zaman jahiliyyah?”.

Oleh itu, adakah sukan seperti ini dapat mengubah keadaan masyarakat supaya bangkit untuk bersatupadu walaupun dianjurkan dikalangan anggota OIC sendiri? Hakikatnya, inilah pandangan kapitalisma tentang perpaduan antara negara. Perpaduan adalah sesuatu manfaat yang dapat dikongsi dan diraikan secara bersama. Apabila manfaat ini hilang, maka perpaduan akan hilang dan lenyap begitu saja. Oleh itu perlu kita melihat jenis ikatan yang wujud dalam masyarakat supaya kita dapat mengetahui apakah bentuk perpaduan yang sebenar menurut Islam. Di dalam buku Nidzomul Islam karangan Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, dinyatakan terdapat lima jenis ikatan yang wujud dalam masyarakat.

Ikatan patriotisme (wataniyyah): Ikatan ini muncul ketika ada ancaman pihak asing yang hendak menyerang atau menakluk sesuatu negeri. Ikatan ini bersifat sementara serta emosional sifatnya. Ianya akan hilang tatkala tiada lagi ancaman atau negeri kembali aman.
Ikatan nasionalisme (kesukuan): Ikatan yang didasarkan diatas ikatan kekeluargaan, puak atau kesukuan. Ianya muncul di antara manusia disaat pemikiran mendasar mereka adalah keinginan untuk mendominasi/menguasai satu kelompok ke atas kelompok yang lain.
Ikatan kemaslahatan: Ikatan yang didasarkan kepada maslahat yang ingin dicapai. Ianya bersifat sementara dan akan hilang apabila maslahat yang diingini telah tercapai.
Ikatan kerohanian: Ikatan yang mana aktivitinya hanya tertumpu pada aspek kerohanian semata-mata, tidak memiliki peraturan yang mengatur hidup manusia. Ianya bersifat cebisan dan tidak layak untuk menjadi pengikat di antara manusia.

Ikatan mabda’/ideologi Islam: Ikatan yang dimunculkan melalui aqidah akliah (kepercayaan yang rasional) dan menjadikan aqidah Islam sebagai asas/dasar kepada terbentuknya sistem atau peraturan hidup.

Sukan Menyuburkan Asas Assabiyyah.

Kerapkali sukan digambarkan sebagai penyatupadu kepada masyarakat, namun tanpa kita sedari ianya bakal memunculkan idea atau serangan yang amat membahayakan Umat Islam yaitu semangat nasionalisme. Apabila setiap negara yang bertanding mengidam-idamkan kemenangan berpihak pada masing-masing negara, ianya secara tidak langsung akan memunculkan perasaan nasionalisme atau cinta kepada bangsa dan negara. Mereka akan berpuas-hati dan bangga apabila pasukan sukan yang mewakili bangsa atau negaranya itu menang dan berhasil mengalahkan pasukan dari negara lain. Atlit juga berasa dihargai atas keupayaannya merangkul pingat setelah berbulan-bulan lamanya memerah keringat berlatih dengan tekun dan berusaha keras untuk meraih kemenangan ‘demi membela dan menjaga kehormatan bangsa’

Nasionalisma adalah ikatan emosional yang menyatukan hati manusia pada suatu bangsa tertentu. Nasionalisma atau kebangsaan merupakan ikatan yang sempit, yang muncul dari gharizatul baqa’ (naluri mempertahankan diri) untuk mempertahankan jati diri bangsa, fanatik terhadap bangsa dan dorongan untuk melakukan aktiviti agar menjadi pemimpin atau berkuasa keatas bangsa-bangsa lain dalam berbagai bidang kehidupan. Seperti contoh di atas bidang sukan menjadi salah satu caranya bagi seseorang mempertahankan jati diri bangsa hingga boleh mengakibatkan perasaan mendominasi dan menguasai diri muncul. Pastinya kita disajikan menerusi berita sukan akan kemenangan yang diperoleh oleh sesuatu negara apabila mengalahkan negara-negara lain dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan. Ini secara tidak langsung mendorong setiap rakyat da ri negara-negara Islam yang bertanding itu saling menyokong negara masing-masing dan dalam masa yang sama akan memperlekehkan negara-negara yang lain.

Islam telah mengharamkan nasionalisme, sekaligus mengharamkan apa jua wadah, bidang atau aktiviti yang menjurus kepadanya termasuklah keterlibatan secara langsung melalui pertandingan acara sukan sebegini. Islam telah menghancurkan Nasionalisma dan menetapkan sesiapa yang menerapkannya sebagai orang yang tidak termasuk dalam golongan kaum Muslimin. Sabda Rasulullah SAW:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ *


“Siapa sahaja yang menyeru kepada Assobiah (fanatisma golongan, seperti nasionaslima) maka ia tidak termasuk golongan kita (kaum Muslimin)”. (HR Abu Daud 4456 #).

Prof. Sergei Nihrs di Rusia pada tahun 1902 telah menerbitkan Protocols of Zion (No. 13) yang jelas menyebut bahawa gerakan Zionisme merancang agar masyarakat ketika itu terdorong untuk mengikuti pelbagai perlawanan dalam setiap jenis sukan atau hiburan yang sudah diprogramkan. Ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat dari masalah/konflik politik dengan orang-orang Yahudi. Oleh itu, apakah tindakan beberapa orang kenamaan yang sanggup ke Royal Albert Hall London baru-baru ini semata-mata untuk menyaksikan konsert hiburan penyanyi Siti Nurhaliza, serta tindakan setiap negara menghantar wakil yang terdiri dari para wartawan membuat liputan serta kontinjen atlit yang bertanding ke sukan perpaduan ini lebih penting dari menghadapi masalah yang melanda Umat Islam di Kyrgyzstan? Masalah yang tiada surutnya di Palestin, Iraq dan yang lainnya?

Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya hanya ikatan mabda’ Islam sahajalah yang mampu menyatupadukan Umat Islam, bukan dengan ikatan patriotisma, nasionalisma, ikatan berasaskan maslahat atau ikatan kerohanian. Dengan ikatan berasaskan akidah Islam, Umat Islam akan disatukan dari segi pemikiran, perasaan dan peraturan dan tidak akan ada suatu kuasa musuh pun yang akan dapat menghancurkan perpaduan yang benar dan kukuh ini. Dengan kata lain kita menyatukan setiap lapisan masyarakat dengan pemikiran yang sama, perasaan yang sama dan juga mengikat individu di dalam masyarakat dengan suatu syariat atau peraturan kehidupan dan perundangan yang sama. Ingatlah sekalipun sesama kaum kafir sering terjadi permusuhan dan perselisihan, namun apabila mereka menghadapi Umat Islam, mereka akan saling membantu dan bersatu. Padahal mereka ialah golongan kafir yang berbeza pemikiran, pe rasaan dan peraturan. Namun sebahagian dari mereka menjadi pelindung atas yang lainnya dan saling berlumba-lumba dalam mempersiapkan kekuatan untuk memerangi orang yang taat kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, Allah swt telah memperingatkan hamba-hambaNya yang beriman didalam firmanNya:

[size=14pt]وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ[/size]

“Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai Umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (TMQ Al-Anfal:73)

Konsekuensi dari ayat diatas ialah apabila Umat Islam tidak saling melindungi sesama mereka dan tidak melakukan sepertimana kaum Muhajirin dan Ansar dengan tujuan menjadi Umat yang satu, tunduk kepada sistem dan pemimpin yang satu, maka musuh-musuh akan berani melakukan perlawanan untuk menjajah Umat Islam, menjajah dan melenyapkan kekuasaan Islam. Itulah yang berlaku kini. Musuh Islam telah berjaya memecahbelahkan kesatuan Islam, melenyapkan sistem Islam, menjauhkan kaum Muslimin dari agamanya serta akidah mereka menjadi lumpuh dan mandul.

Monday, February 9, 2009

Ziarah Tn. Hj. Azizan


Petang kelmarin sekitar jam 6 ketika menjemput isteri saya dari sekolahnya saya menghubungi Ust Jamaludin, Pegawai Khas j-QAF untuk mengetahui keadaan Tn. Hj. Azizan Ibrahim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan yang khabarnya berada di wad kerana menghidap paru-paru berair.
Melalui ust Jamaludin, saya dapat tahu bahawa ust Azizan sekarang ini masih di wad 2, Hospital Pantai Utara, Sg. Petani.

Dari SK Taman Seri Wang, saya terus ke Hospital Pantai untuk menziarahi beliau. Alhamdulillah beliau kelihatan sihat namun hari ini (10 Feb) beliau akan menjalani satu proses membetulkan saluran darah ke jantung yang tersumbat.

Mudah-mudahan Ust Azizan dikurniakan kesihatan dan kembali bertugas insya-Allah..

Friday, February 6, 2009

Kursus Kepimpinan Pengawas 2009 dan Kursus Bina Blog















Pen. Kanan 1, Tn. Hj. Ishak Saad sedang menyampaikan ucapan perasmian.
















Para peserta memberi tumpuan sepenuhnya















Ust Alang, bakal pengantin baru sedang mengendalikan kursus blog.

Pagi ni saya terlibat dengan dua program, program pertama ialah Kursus Kepimpinan Pengawas SK Tunku Ismail 2009 yang diadakan di Dewan Serbaguna SK Tunku Ismail dan Makmal IT.

Program yg dikendalikan oleh JK Disiplin dan Pengawas ini melibatkan penyertaan dari semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua serta penolong ketua darjah.saya diberi kesempatan utk mengendalikan slot pertama bagi kursus ini..

selesai ceramah, saya bergegas ke Masjid Bandar Puteri Jaya, Sg. Petani kerana di sana sedang berlangsung Kursus Bina Blog anjuran JK Qaryah Bandar Puteri Jaya ini. tugas saya hanya sebagai pembantu kepada penceramah blog iaitu Ust Alang Yahya dari SK Sg. Lalang. Pada mulanya kursus blog akan dikendalikan sepenuhnya oleh saya sendiri, namun dek kerana tugas di sekolah itu lebih utama maka saya menjemput Ust Alang utk menggantikan saya bagi mengendalikan kursus ini.

Thursday, February 5, 2009

Al-Fatihah Buat Tokwan..


Pagi 4hb. Februari yg lalu tidak berbeza dengan pagi-pagi yang lain..suasana sejuk pagi dengan angin timur musim kemarau tidak sedikit pun berubah suhu. aku bangun seperti biasa utk menguruskan diri, solat subuh dan menyiapkan anak-anak utk dihantar ke PASTI dan nursery..isteri juga awal lagi bangun utk menggosok segala uniform utk kegunaan hari ini, tidak ada apa yg berubah pun!

selesai solat subuh, aku terus bersiap dan mengenakan pakaian utk ke sekolah..begitu juga isteri yg hari ini baru hari kedua beliau bergelar sebagai seorang guru di SK Taman Seri Wang.

sekitar jam 6.45 pagi, kami bergerak keluar dari rumah..destinasi pertama adalah nursery anak kecilku, Iffah yg cuma berselang 6 pintu dari kediaman kami. kemudiannya terus ke PASTI tempat anak sulungku belajar berdikari. dari situ aku terus memandu utk menghantar isteriku ke sekolahnya..sama laluannya utk ke sekolah aku!

ketika aku hampir sampai ke sekolah isteriku, aku dikejutkan dengan panggilan telefon..aku lihat di skrin telefon tangan milikku tertera nama 'abah'. jarang jugak abah menelefon pagi-pagi mcm ni apatah lagi dia sendiri pun sibuk bersiap utk ke sekolahnya. ternyata panggilan itu bukan panggilan yang biasa..dengan suara yg tersekat-sekat, abah memaklumkan bahawa tokwan ku yg satu-satunya telah kembali ke rahmatillah sekitar jam 6 pagi tadi ;( perasaan sedih dan pilu terus menyelubungiku saat itu!aku kehilangan seorang yg amat rapat dengan kami sebagai cucu..aku tak dapat menahan kesedihan ini..air mata terus mengalir tanpa dapat ku tahan lagi..

aku terus memandu ke sekolah utk bertemu Guru Besar bagi mendapat perlepasan bagi menziarahi jenazah di Kampung Sg. Ular, Kulim.

dari sekolah aku terus menjemput isteri dan anak sulungku..anak kecil aku tinggalkan bersama pengasuhnya!jam 9 pagi aku tiba di Sg. Ular..orang ramai memenuhi kawasan rumah usang milik tokwan yg ditinggalkan buat selamanya..aku terus ke dalam utk melihat tokwan yg terbujur kaku di atas katil bujang, aku menjadi semakin hiba dan pilu..2 minggu lalu ketika pulang menziarahi, tokwan masih sihat walaupun umurnya sudah mencecah 84 tahun!

sekitar jam 1.30 ptg, jenazah dibawa ke masjid utk disolatkan dan seterusnya diiring ke tanah perkuburan..aku diberi penghormatan utk bertalkin dan aku mengambil kesempatan ini utk mengajak seluruh yg hadir di perkuburan ini agar merasa insaf dengan kematian yg pasti dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa..

kepada tokwan..semoga rohmu dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, amin!

Al-Fatihah..

Saturday, January 31, 2009

Ziarah Dua


27 Januari 2009.. saya dikunjungi sahabat baik dari Perlis yg datang bersama keluarganya.

Wednesday, January 28, 2009

Ziarah Satu

Isnin lalu (26 Januari 2009) adalah cuti umum sempena Gong Xi Fa Cai..hampir kebanyakan sekolah diberi arahan utk mengambil cuti berganti selama seminggu ini termasuk sekolah saya. Ahad ambil cuti peristiwa, rabu dan khamis cuti berganti.
cuti lama mcm ni pun jadi tak tau nak buat apa..melainkan atur perancangan utk ziarah rakan-rakan. lagipun ini saja kesempatan yang ada..
pada perkiraan saya, 26 Januari ini ada satu walimah yg harus saya hadir. pagi lagi saya call Azizi, kot dia pun dapat jemputan ke walimah ni..rupanya dia dok bersiap nak turun ke bendang. sekitar jam 11 pagi saya dan keluarga bertolak ke Teluk Chengai, Jalan Kuala Kedah utk menghadiri walimatul 'ursi sahabat sedirasaat 'Ulya di USM iaitu Ustaz Nazimi @ Paksu, Pensyarah Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim. bertemu jodoh dengan siswi dari Poli jugak..semoga mereka dikurniakan keberkatan dalam hidup!

Dari Teluk Chengai, saya ke Tanjung Bedil menziarahi rakan sepersekolahan saya ketika di Kuala Ketil dan Derang, Ust Yusri Yahya. beliau merupakan lulusan Maahad Tahfiz Kedah dan Universiti Al-Azhar Cawangan Syubra dan kini menjawat jawatan sebagai guru penolong di Maahad Mahmud Alor Setar.
sebenarnya sebelum bertolak pagi tadi saya sempat menghubungi Ust Ahmad Nasir Awang kerana saya berhajat juga utk menziarahinya di Sg Limau..ternyata beliau ada di rumah. jadi dari Tanjung Bedil saya terus mengambil Jalan Yan utk singgah di Kabu 10, iaitu tanah kelahiran Ust Nasir.
Ust Ahmad Nasir merupakan JLU Bahasa Arab Negeri Kedah yg cukup hebat..terus terang saya amat kagum dan 'cemburu' dengan kelebihan yg Allah anugerahkan kepada beliau. saya mula mengenali insan ini ketika saya dan rakan JLU lain iaitu Sdr. Akmal, Sdr Azizi dan Ust Nasir sendiri sama-sama menaiki kereta utk mengikuti Kursus Pendedahan Sukatan Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan pada 16 - 19 Julai 2007 di Seremban. ketika dalam perjalanan itulah pertama kalinya saya mengenali Ust Nasir dan sehingga hari ini kami menjadi rakan yg seolah-olah telah lama mengenali antara satu sama lain.

Temuduga dan Minggu Pengurusan KPLI j-QAF 2009

Dah lama tak update blog ni..bukan apa, wirelees network kat area ni problem sikit jadi hari ni ada peluang utk berkongsi beberapa perkara menarik sepanjang dua minggu yang berlalu.

minggu lalu pada 21 Januari 2009 pagi-pagi lagi saya bertolak ke JPN di Alor Setar bersama rakan saya, Azizi Mukhtar untuk menghadiri temuduga kursus dalam perkhidmatan Bahasa Arab di Oman. selain saya dan Azizi, Ahmad Nasir Awang turut hadir sebagai calon favorite untuk ke Oman disamping Sdr. Azizi yg menurut pandangan saya yg wadhih adalah amat layak untuk menggalas misi bahasawan pertama ke Oman ini mewakili Negeri Kedah. ini kerana beliau sudah banyak belajar dari Dr. Sheikh Muzhaffar, angkasawan pertama Malaysia itu bagaimana untuk menjelajah seluruh Kedah selepas ini.

Pulang dari JPN, saya ke terus ke Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah (IPSAH) bagi mengisi slot Forum Pelaksanaan j-QAF di Sekolah dan Permasalahannya yg diperuntukkan oleh pihak IPSAH kepada saya dan rakan-rakan dari j-QAF 2005 untuk berkongsi pengalaman bersama guru-guru j-QAF ambilan 2009 di IPSAH ini. sekalipun jumlah mereka hanya sekitar 35 orang berbanding kohot-kohot sebelum ni yg mencecah 150 orang, namun semangat yg ditunjukkan amat membanggakan dan saya yakin mereka mampu berperanan dengan baik tatkala mereka mula melaporkan diri di sekolah pada 3 Februari ini .


Sehari sebelumnya, saya singgah di IPSAH untuk menjemput isteri saya yg juga j-QAF ambilan 2009 ini dan saya sempat bertemu dengan Tn. Hj. Rahman Haron, KJ HEP IPSAH. dia kata kepada saya "esok ni hang belasah ja..tak kira la bini hang ada depan pun, hang buat tak tau ja".


Menarik tentang Tn Hj. Rahman ini, beliau yg pada mulanya kami (j-QAF kohot 2005) sangkakan seorang yg cukup sukar untuk didekati dan seolah kelihatan agak 'bengis', rupa-rupanya beliau merupakan seorang yg cukup friendly dan mudah mesra dengan semua orang. sesuai dengan kedudukan beliau kini sebagai KJ HEP yg banyak berurusan dengan pelajar.

Sunday, January 18, 2009

Belajar Bahasa Arab di Syria

Markaz Lughah

Pusat Pengajian Bahasa
Markaz Lughah

Pengenalan
Markaz Lughah atau Pusat Pengajian Bahasa adalah pusat pengajian di bawah kelolaan pentadbiran Universiti Damascus. Ia mempunyai pelbagai kelas-kelas bahasa seperti Bahasa Arab, Perancis, Jepun, Inggeris, Jerman, Turki dan lain-lain. Guru-guru yang mengajar di pusat ini selalunya terdiri dari kalangan pelajar atau pensyarah keluaran dari Universiti Damascus sendiri. Lokasinya terletak berhampiran Fakulti Sastera (Adab), Universiti Damascus. Pengajian yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia di sini hanyalah pengajian Bahasa Arab sahaja.

Sistem Pengajian Markaz (Pengajian Bahasa Arab)
Markaz ini menyediakan lima tahap pengajian mengikut level atau tahap pelajar.
Setiap satu tahap pengajian hanya selama dua bulan sahaja.
Peperiksaan diadakan pada minggu terakhir kursus.
Waktu pengajian (mengikut perubahan) bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari(bagi sesi pagi) dan 1.00 petang sehingga 4.30 petang (bagi sesi petang).Waktu belajar dipilih oleh pelajar sendiri.
Hari pengajian bermula dari hari Sabtu sehingga hari Rabu. Hari Khamis dan Jumaat cuti.
Pelajar perlu ditemuduga (muqabalah) bagi menentukan tahap masing-masing.

Tahap Pengajian
Terdapat 5 tahap pengajian yang sediakan oleh markaz ;
Tahap pertama : KELAS PERMULAAN terbahagi kepada dua:
A. Permulaan A (Mubtadik)
B. Permulaan B (Mutaqaddim)
Tahap kedua
Tahap ketiga
Tahap keempat
Tahap kelima

Sijil Tamat pengajian akan diberikan setiap kali tamat kursus.

Kitab
Kitab yang digunakan ialah kitab asas untuk belajar Bahasa Arab. Setiap dua tahap mengunakan kitab yang sama.

Syarat-syarat kemasukan
Syarat-syarat kemasukkan adalah seperti berikut ;
• Surat sokongan dalam bahasa arab (asli) dari kedutaan ataupun konsol ataupun persatuan pelajar.
• 1keping salinan terjemahan pasport yang bercop.
• 5 Gambar berukuran pasport.
• Surat pengesahan bebas dari AIDS yang diambil di Pusat Ujian Darah di Syria.
• Pelajar dikehendaki mengisi borang kuning yang disediakan oleh Institut.

Yuran
Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut (mengikut perubahan)
Setiap pengajian selama 2 bulan USD 200
Ujian kemasukan 300L.S.


Ma`ahad Lughah


Institut Bahasa Arab
Maahad Lughah
Arabic Teaching Institute for Foreigners


Pengenalan
Institut ini ditubuhkan dan bernaung dibawah Kementerian Pelajaran Republik Arab Syria pada tahun 1973 yang terletak di Mazzah, Damascus . Tujuan penubuhan adalah untuk memperluaskan pengunaan bahasa Arab disamping memperkenalkan budaya masyarakat Arab kepada dunia luar. Institut ini juga menerima pelajar dari mana-mana negara dari seluruh dunia.

Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar terdiri dari guru-guru lelaki atau perempuan yang berpengalaman khusus dalam mengajar pelajar asing. Guru-guru disini mengunakan seluruh teknik pengajaran bahasa seperti;
• Perbualan
• Menulis
• Mendengar
• Pemahaman
• Bacaan

Kesemua teknik ini diterapkan bukan hanya dikhususkan di dalam bilik kelas, tetapi juga dipraktikkan melalui kegiatan-kegiatan luar kelas (ko-kurikulum) seperti;
• Menonton video atau cinema sejarah
• Rehlah
• Melawat tempat-tempat bersejarah
• Dan lain-lain.

Sistem Pengajian
Ma'ahad ini menyediakan dua pengajian khas untuk pengajian Bahasa Arab.
• Pengajian Musim Sejuk.
Pengajian ini bermula dari 1hb Oktober sehingga 15hb. May (mengikut perubahan) setiap tahun dan mempunyai cuti selama 2 minggu.

• Pengajian Musim Panas.
-Pengajian ini bermula dari 1hb jun sehingga 15hb September (mengikut perubahan) setiap tahun dan mempunyai cuti selama 1 minggu.

Waktu dan Hari Pengajian
- Waktu pengajian bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.
- Hari pengajian adalah bermula pada hari Isnin sehingga Khamis (Jumaat dan sabtu cuti)

Tahap Pengajian dan Peperiksaan
Terdapat 4 tahap pengajian yang sediakan oleh ma'ahad ;
• Tahap pertama : KELAS PERSEDIAAN : (mubtadik)-Asas
• Tahap kedua : KELAS AWAL : (awal)-Perbualan
• Tahap ketiga : KELAS PERTENGAHAN : (mutawasit)- Penulisan
• Tahap keempat : KELAS AKHIR : (thani)-Karangan, ia terbahagi kepada dua iaitu;
1. Kelas Akhir Tinggi (A)
2. Kelas Akhir Bawah (B)

Sunday, January 4, 2009

Sesi 2009 bermula..

Nurul Izzah Sofiyyah bersiap utk memulakan hari barunya.

Bermulalah sesi 2009 hari ini..hari-hari pertama persekolahan adalah antara hari-hari yg menarik utk dilalui disepanjang sesi pengajian. melihat ragam anak-anak yg baru memasuki alam persekolahan baik di tahun 1 atau pun pra sekolah, suasana ini amat menggamit kenangan dulu yg pernah dilalui masa kita sendiri mula melangkah ke alam persekolahan.


kita dapat lihat betapa kasih dan sayangnya ayah dan ibu terhadap anak-anak..sanggup menunggu seharian dipintu dan pagar sekolah hanya ingin melihat kelibat anak kecil menghadapi hari-hari barunya sebagai seorang pelajar...ibu bapa tentu bangga, anak yg dilahir dan ditatang bagai minyak yg penuh kini sudah mula berdikari.


guru-guru juga hari ini menerima kehadiran anak-anak baru yg tidak lagi meminta utk disusukan sebaliknya utk dididik, dibentuk dan dibimbing agar menjadi harapan agama dan negara.


hari ini juga menjadi satu pengalaman baru buat saya sebagai seorang ayah..anak sulung yg kini berusia 4 tahun minta utk disekolahkan dan saya tidak menghampakan permintaannya. awal pagi lagi dia sudah bangun dan bersiap utk ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yg berdekatan dgn rumah kami. Alhamdulillah, dia nampak gembira dgn rutin barunya ini.

.