Wednesday, May 9, 2012

Seminar MAWAR



SEMINAR MAWAR
(Muslimah Anggun Wawasan Anak Remaja)
Hati,fikiran dan perasaan akan resah, masih mencari-cari walaupun sudah ada segala-galanya.Apa yang tiada di syurga.. namun,Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa.. kerana wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri…
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh LELAKI tetapi… kalau lelaki sendiri yang tidak lurus tidak mungkin mampu untuk meluruskan mereka…tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus..luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah kerana mereka diciptakan sedemikian rupa olehNya…didiklah mereka dengan panduan dariNya jangan cuba jinakkan mereka dengan dengan harta nanti mereka semakin liar…jangan hiburkan mereka mereka dengan kecantikan nanti mereka akan semakin menderita bukan di dunia tetapi di akhirat sana…
Hatinya serapuh kaca kuatkan dengan iman..Akalnya setipis rambut tebalkan dengan ilmu…Perasaannya selembut sutera hiasilah dengan akhlak terpuji…

“Muslimah Anggun Wawasan Anak Remaja(MAWAR)”






Objektif
1-    Melahirkan pelajar muslimah yang kenal diri dan kenal Pencipta.
2-     Mendidik pelajar supaya menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah sejati seperti yang ditetapkan dalam syariat.
3-    Memuhasabahkan pelajar supaya kembali kepada fitrah kejadian seorang  wanita seterusnya bersyukur diciptakan sebagai wanita.

 Aktiviti cadangan:
1-    Slot ceramah

Tajuk cadangan :
1-Anggunnya Hidup Sebagai Gadis.                                                                                                                                                                                                            
               Objektif :   1-Mengenal diri sebagai Muslimah.                                                  
                                  2-Mengenal perubahan diri ke alam mukalaf.
                                    3-Mengetahui cara pengurusan diri sebagai Muslimah.
                        4-Mengetahui tanggungjawap sebagai Muslimah di sisi syarak.
            2-Engkau Mawar Berduri.                                                                                                  
               Objektif :   1-Mengetahui tuntutan menjaga diri.
                                    2-Memahami konsep aurat dan cara berpakaian.
                                    3-Mengetahui hukum menutup aurat secara lebih  terperinci.
3- Aduhai Putriku Sayang.                                                                                                                                                                                                             
            Objektif :      1-Memahami konsep pergaulan dalam Islam.
                                    2-Mengetahui cara pergaulan yang betul sebagai seorang Muslimah.

4-Refleksi Dan Muhasabah. 
  Objektif :      1- Mengetahui konsep Amanah dalam mendidik keluarga.                                                                                                                                                                                                    

2-Memberi kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa tentang indahnya 
   cara hidup Islam.       
                                    3-Menyedarkan ibu bapa kepentingan kasih sayang dan tarbiyah Islamiah
                                     dalam pembentukkan jati diri anak-anak.


            TENTATIF:
8.00 PAGI                 PENDAFTARAN
8.30 PAGI                 SLOT 1
 ANGGUNNYA HIDUP SEBAGAI GADIS”
10.30 PAGI              REHAT-MINUM PAGI
11.00 PAGI              SLOT 2
 “ENGKAU MAWAR BERDURI”
1.00 PTG                   REHAT / SOLAT ZUHUR
2.30 PTG                   SLOT 3
“ADUHAI PUTRIKU SAYANG”
4.30 PTG                   REHAT / SOLAT ASAR
5.00 PTG                   REFLEKSI DAN MAJLIS PENUTUP
6.00 PTG                   MAAS SALAMAH WA ILAL LIQA’

Saturday, December 12, 2009

Ust. Arman yg ku kenali..

Sejambak takziah diucapkan buat keluarga Almarhum Ust. Arman Md. Rusoff, Pegawai MSD Jordan yang telah kelbali ke rahmatulLah dua hari lalu di Jordan.

aku sebenarnya bukanlah rapat dan kenal sgt dengan ust Arman ni kecuali setelah aku diterima sebagai guru j-QAF pada 2005 dan bertemu sendiri dengan beliau pada kursus pemantapan guru j-QAF di Langkawi pada tahun 2006. beliau hadir pada ketika itu utk menyampaikan ucapan perasmian..

perkenalan dari jauh kami berterusan ketika aku dan 3 lagi rakan dari kedah dipilih untuk mengikuti kursus pendedahan SP & HSP Bahasa Arab tahun 1 pada Julai 2007. Ketika itu ust Arman bertindak sebagai pengurus projek sesuai dengan jawatan beliau di JAPIM (sekarang BPI) di KPM, Putrajaya.

kami bertemu lagi utk sekian kalinya di Langkawi pada April 2008. ketika itu aku hadir sebagai peserta bagi mesyuarat kawal mutu HSP Thn 3 dan modul mukhayyam B. Arab yang diadakan di Hotel Aseania. hubungan beliau yg amat-amat rapat dengan ust rushdan, pegawai j-QAF kedah (sekarang sedang melanjut Phd. ) dan ust Hasmadi, pegawai Khas j-QAf Daerah Kulim (kini sedang mengikuti pengajian MA) menjadikan aku dan rakan-rakan bahasa arab di kedah turut terkena tempiasnya..

Pada Julai 2008 sekali lagi kami bertemu di Putrajaya utk Kursus pendedahan SP dan HSP tahun 2..saat ini sudah ada ura-ura bahawa kursus bahasa arab kali ini adalah yg terakhir di bawah kendalian ust Arman kerana beliau mendapat tawaran dengan biasasiswa penuh utk melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd.

Rupanya beliau memilih utk ke Jordan sebagai pegawai atase pendidikan di MSD Jordan. samada Phd atau MSD, bahasa arab di KPM tetap kehilangan seorang yang begitu mendapat perhatian dan harapan dari mantan TKKP, Dato' Hj. Dangiran Mustafa.

Dan hari ini..kita semua benar-benar kehilangan ust Arman utk selamanya!Allah lebih menyanyangi beliau..Semoga rohnya bersemadi dengan tenang bersama mereka-meraka yang diterima disisi Allah!

al-Fatihah..

Tuesday, September 15, 2009

Kursus Pendedahan HSP BA Tahun 3 Peringkat Kebangsaan


Bersama rakan-rakan dari Johor, Kelantan, KL

Sesi Ta'allum Ta'awuni

Sesi pembentangan kaedah ta'allum ta'awuni

Majlis penutup bersama Pengarah dari Bahagian Pembangunan Kurikulum

Tuesday, September 1, 2009

Hepi Besday Kakak..

Ini Nurul Iffah..dh pandai mengemas dia ni:-)

Hepi Besday kakak..

Bersama sepupu-sepupu...dari kiri Fawwaf, Aufa, Kakak dan Uwais.

Dah penat..terbongkang la dua orang ni



Tanggal 31 Ogos merupakan hari istimewa bagi Malaysia apabila tanah melayu ini bebas dari genggaman penjajah sejak hampir 500 tahun lalu..sudah pasti hari yang bersejarah ini disambut dengan penuh rasa syukur kita kepada Allah s.w.t, pemilik segala kebebasan dan kemerdekaan yang mutlak!

Bagi aku dan keluarga, 31 Ogos juga merupakan hari yang amat bersejarah buat kami..pada tanggal inilah isteri aku selamat melahirkan anak sulung kami, Nurul Izzah Sofiyyah 4 tahun yang lalu di Hospital Kulim. Alhamdulillah, disaat warga Malaysia menyambut dan meraikan ulangtahun kemerdekaan, kami sekeluarga menyambut 31 Ogos sebagai hari kelahiran cahaya mata yang sulung.

Sempena bulan Ramadhan ini, kami ambil kesempatan menjemput mak abah dari Kuala Ketil untuk berbuka bersama kami..tak dilupakan juga semua adik-adik aku..Pak Ngah Li dan keluarga, Pak Andak Aswad dan keluarga, Paksu Amin..Pak Lang tak dapat datang, ada komitmen lain..Mak Teh ada kat Kg. Pandan di rumah mertuanya..Pakcik Yep ada kat asrama di Derang!

Terima kasih buat semua yang sudi hadir ke majlis yang serba ringkas ini..walaupun ada yang kurang sihat..abah tak sihat tu, semoga lekas sembuh!

Buat anak-anak buah yang dah mula riuh rendah tu..terima kasih menceriakan kak Ijah pada besdaynya..terima kasih hadiah dari Fawwaz dan Aufa untuk kak Ijah!

Tak lupa buat keluarga Tangkak..nenek, tokwan, Pak Long dan Maklong, Pak Ngah Yen..terima kasih bagi meja yang cantik untuk kakak, Cik Im, (Cik Im ingat dak kat Kakak?), Cik Dayah dan Aco!

Wednesday, August 12, 2009

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.
Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.
Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.
Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.
Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.
Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."
Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.
Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.
Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.
Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.
Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.
Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.
Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.
Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."
Ia bermaksud: ?Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."
Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."
Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.
Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.
Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.
Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?
Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."
Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.
Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.
Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.

Anugerah Sijil Dekan Sem. II

Menerima sijil dari Prof. Dato' Abu Talib, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Bersama Prof. Madya Dr Mohd Radzi Othman, Pensyarah Kuliah Hadith.

Isnin lalu, 10 Ogos 2009 aku ke USM bagi memenuhi jemputan School of Humanities ke Majlis Anugerah Sijil Dekan bagi Sidang Akademik 2009/2010 Sem. II..Alhamdulillah ini kali kedua aku menerima anugerah ini setelah menerimanya pada sem. 1 yang lalu!

kawan-kawan lain turut sama menerima anugerah ini..azizi, wan kamal yang sudah pun konvo pada 12 Ogos yang lalu, tahniah atas kejayaan anda!
Terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan..mak abah, terima kasih banyak2, isteri dan anak2 yang memahami!tak dilupakan Tn. Guru Besar yang banyak memberi pandangan dan tunjuk ajar..terima kasih!

.