SEMINAR “MAWAR”
(Muslimah
Anggun Wawasan Anak Remaja)
Hati,fikiran dan perasaan akan resah, masih mencari-cari walaupun sudah
ada segala-galanya.Apa yang tiada di syurga.. namun,Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa.. kerana wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri…
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh
LELAKI tetapi… kalau lelaki sendiri yang tidak lurus tidak mungkin mampu untuk
meluruskan mereka…tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan
bayang-bayang yang lurus..luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah kerana mereka diciptakan sedemikian rupa olehNya…didiklah
mereka dengan panduan dariNya jangan cuba
jinakkan mereka dengan dengan harta nanti mereka semakin liar…jangan hiburkan
mereka mereka dengan kecantikan nanti mereka akan semakin menderita bukan di
dunia tetapi di akhirat sana…
Hatinya serapuh kaca kuatkan dengan iman..Akalnya setipis rambut tebalkan dengan ilmu…Perasaannya selembut sutera hiasilah dengan akhlak terpuji…
“Muslimah Anggun Wawasan
Anak Remaja(MAWAR)”
Objektif
1- Melahirkan
pelajar muslimah yang kenal diri dan kenal Pencipta.
2- Mendidik pelajar supaya menjalani kehidupan
sebagai seorang muslimah sejati seperti yang ditetapkan dalam syariat.
3- Memuhasabahkan
pelajar supaya kembali kepada fitrah kejadian seorang wanita seterusnya bersyukur diciptakan sebagai
wanita.
Aktiviti cadangan:
1- Slot
ceramah
Tajuk cadangan :
1-Anggunnya Hidup Sebagai Gadis.
Objektif : 1-Mengenal diri sebagai Muslimah.
2-Mengenal
perubahan diri ke alam mukalaf.
3-Mengetahui
cara pengurusan diri sebagai Muslimah.
4-Mengetahui
tanggungjawap sebagai Muslimah di sisi syarak.
2-Engkau Mawar Berduri.
Objektif : 1-Mengetahui tuntutan menjaga diri.
2-Memahami
konsep aurat dan cara berpakaian.
3-Mengetahui
hukum menutup aurat secara lebih
terperinci.
3- Aduhai Putriku Sayang.
Objektif : 1-Memahami konsep pergaulan dalam Islam.
2-Mengetahui
cara pergaulan yang betul sebagai seorang Muslimah.
4-Refleksi Dan
Muhasabah.
Objektif : 1-
Mengetahui konsep Amanah dalam mendidik keluarga.
2-Memberi kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa tentang indahnya
cara hidup Islam.
3-Menyedarkan
ibu bapa kepentingan kasih sayang dan tarbiyah Islamiah
dalam
pembentukkan jati diri anak-anak.
TENTATIF:
8.00
PAGI PENDAFTARAN
8.30
PAGI SLOT 1
“ANGGUNNYA HIDUP SEBAGAI GADIS”
10.30
PAGI REHAT-MINUM PAGI
11.00
PAGI SLOT 2
“ENGKAU MAWAR BERDURI”
1.00
PTG REHAT / SOLAT ZUHUR
2.30
PTG SLOT 3
“ADUHAI PUTRIKU SAYANG”
4.30
PTG REHAT / SOLAT ASAR
5.00
PTG REFLEKSI DAN MAJLIS
PENUTUP
6.00
PTG MAAS SALAMAH WA ILAL
LIQA’
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment