Sunday, November 2, 2008

Satu Kelahiran..Sebuah Kehidupan


Pagi Jumaat 17 Oktober 2008 merubah segala-galanya. Isteri saya yang sarat mengandung anak kedua kami tiba-tiba berasa sakit seperti hendak bersalin walaupun usia kandungan baru mencecah 36 minggu. Bermula dari jam 2 pagi hingga ke lepas subuh sakitnya masih berterusan dan saya membuat keputusan untuk membawa ke hospital.


sampai di hospital, dia terus dimasukkan ke labour room dan setelah melalui pemeriksaan oleh pegawai perubatan ternyata sudah ada bukaan sebanyak 4cm.


tarikh ini sepatutnya saya bersiap ke SMK Kuala Nerang untuk acara MKQ negeri yang julung kalinya saya terlibat sebagai petugas. namun Allah mengatur sebaliknya buat saya..


dari jam 10 pagi isteri saya berada di dalam labour room dan saya menanti dengan penuh debaran di ruang menunggu..sekitar jam 4 ptg isteri saya ditolak keluar dari labour room, rupanya dia belum dapat bersalin lagi kerana bukaan itu terhenti dan usia kandungan yang belum matang.


5 hari isteri saya berada di wad kenanga 12 Hospital Sultan Abdul Halim kerana tekanan darahnya pula yang tidak menentu.


saya terlepas lagi program di Langkawi iaitu kursus pendedahan sukatan yang diadakan pada 21 dan 22 Oktober. apa pun..family first:)


Setelah seminggu berada di rumah, senario yg sama berulang lagi pada 28 Oktober 2008 apabila saya dikejutkan isteri pada jam 4 pagi..katanya sakit lagi!biaq betoi?? ka macam ari tu ja?? itu soalan yg terpacul spontan..kali ni betoi dah!


Alhamdulillah..syukur yg tak terhingga kepada Allah s.w.t. akhirnya isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 10.46 pagi. Yang pasti, kelahiran ini akan menambah seri pada rumahtangga kami.

No comments:

.