Wednesday, January 28, 2009

Temuduga dan Minggu Pengurusan KPLI j-QAF 2009

Dah lama tak update blog ni..bukan apa, wirelees network kat area ni problem sikit jadi hari ni ada peluang utk berkongsi beberapa perkara menarik sepanjang dua minggu yang berlalu.

minggu lalu pada 21 Januari 2009 pagi-pagi lagi saya bertolak ke JPN di Alor Setar bersama rakan saya, Azizi Mukhtar untuk menghadiri temuduga kursus dalam perkhidmatan Bahasa Arab di Oman. selain saya dan Azizi, Ahmad Nasir Awang turut hadir sebagai calon favorite untuk ke Oman disamping Sdr. Azizi yg menurut pandangan saya yg wadhih adalah amat layak untuk menggalas misi bahasawan pertama ke Oman ini mewakili Negeri Kedah. ini kerana beliau sudah banyak belajar dari Dr. Sheikh Muzhaffar, angkasawan pertama Malaysia itu bagaimana untuk menjelajah seluruh Kedah selepas ini.

Pulang dari JPN, saya ke terus ke Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah (IPSAH) bagi mengisi slot Forum Pelaksanaan j-QAF di Sekolah dan Permasalahannya yg diperuntukkan oleh pihak IPSAH kepada saya dan rakan-rakan dari j-QAF 2005 untuk berkongsi pengalaman bersama guru-guru j-QAF ambilan 2009 di IPSAH ini. sekalipun jumlah mereka hanya sekitar 35 orang berbanding kohot-kohot sebelum ni yg mencecah 150 orang, namun semangat yg ditunjukkan amat membanggakan dan saya yakin mereka mampu berperanan dengan baik tatkala mereka mula melaporkan diri di sekolah pada 3 Februari ini .


Sehari sebelumnya, saya singgah di IPSAH untuk menjemput isteri saya yg juga j-QAF ambilan 2009 ini dan saya sempat bertemu dengan Tn. Hj. Rahman Haron, KJ HEP IPSAH. dia kata kepada saya "esok ni hang belasah ja..tak kira la bini hang ada depan pun, hang buat tak tau ja".


Menarik tentang Tn Hj. Rahman ini, beliau yg pada mulanya kami (j-QAF kohot 2005) sangkakan seorang yg cukup sukar untuk didekati dan seolah kelihatan agak 'bengis', rupa-rupanya beliau merupakan seorang yg cukup friendly dan mudah mesra dengan semua orang. sesuai dengan kedudukan beliau kini sebagai KJ HEP yg banyak berurusan dengan pelajar.

3 comments:

chehassan said...

Tahniah ustaz, cemerlang dalam bidang j-QAF dan Bahasa Arab. Saya sangat berharap ustaz jadi guru serba boleh, kerana hari ini, sangat jarang kita temui guru yang serba boleh. Dan satu lagi, AWAS, cemerlang di luar harus lebih cemerlang di sekolah sendiri.

Anonymous said...

tahniah ustaz,guru serba boleh,luar dan dalam,atas padang pun boleh,kat rumah pun boleh cuma tak leh tip top mcm yg mama nak..hehehe..pekaba smua izzah n iffah

Anonymous said...

saya sedar bahawa utk menjadi cemerlang bkn suatu perkara yg senang..namun saya cuba yg terbaik utk menjadi diri saya dimana-mana..terima kasih atas segala panduan dan tunjuk ajar yg diberikan!

.