Wednesday, January 28, 2009

Ziarah Satu

Isnin lalu (26 Januari 2009) adalah cuti umum sempena Gong Xi Fa Cai..hampir kebanyakan sekolah diberi arahan utk mengambil cuti berganti selama seminggu ini termasuk sekolah saya. Ahad ambil cuti peristiwa, rabu dan khamis cuti berganti.
cuti lama mcm ni pun jadi tak tau nak buat apa..melainkan atur perancangan utk ziarah rakan-rakan. lagipun ini saja kesempatan yang ada..
pada perkiraan saya, 26 Januari ini ada satu walimah yg harus saya hadir. pagi lagi saya call Azizi, kot dia pun dapat jemputan ke walimah ni..rupanya dia dok bersiap nak turun ke bendang. sekitar jam 11 pagi saya dan keluarga bertolak ke Teluk Chengai, Jalan Kuala Kedah utk menghadiri walimatul 'ursi sahabat sedirasaat 'Ulya di USM iaitu Ustaz Nazimi @ Paksu, Pensyarah Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim. bertemu jodoh dengan siswi dari Poli jugak..semoga mereka dikurniakan keberkatan dalam hidup!

Dari Teluk Chengai, saya ke Tanjung Bedil menziarahi rakan sepersekolahan saya ketika di Kuala Ketil dan Derang, Ust Yusri Yahya. beliau merupakan lulusan Maahad Tahfiz Kedah dan Universiti Al-Azhar Cawangan Syubra dan kini menjawat jawatan sebagai guru penolong di Maahad Mahmud Alor Setar.
sebenarnya sebelum bertolak pagi tadi saya sempat menghubungi Ust Ahmad Nasir Awang kerana saya berhajat juga utk menziarahinya di Sg Limau..ternyata beliau ada di rumah. jadi dari Tanjung Bedil saya terus mengambil Jalan Yan utk singgah di Kabu 10, iaitu tanah kelahiran Ust Nasir.
Ust Ahmad Nasir merupakan JLU Bahasa Arab Negeri Kedah yg cukup hebat..terus terang saya amat kagum dan 'cemburu' dengan kelebihan yg Allah anugerahkan kepada beliau. saya mula mengenali insan ini ketika saya dan rakan JLU lain iaitu Sdr. Akmal, Sdr Azizi dan Ust Nasir sendiri sama-sama menaiki kereta utk mengikuti Kursus Pendedahan Sukatan Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan pada 16 - 19 Julai 2007 di Seremban. ketika dalam perjalanan itulah pertama kalinya saya mengenali Ust Nasir dan sehingga hari ini kami menjadi rakan yg seolah-olah telah lama mengenali antara satu sama lain.

3 comments:

Anonymous said...

cute anak anta..ikut muka pakngah die...

chehassan said...

Cuti memang seronok dan kadang-kadang tak tau nak buat apa. Sejak jadi guru dan GB, jarang sekali saya jumpa guru-guru yang memanfaatkan waktu cuti untuk update kerja-kerja di sekolah. Kalau takda arahan dan tak terdesak, tak buatlah. Sebab tu jarang sangat kita jumpa guru-guru yang 'cemerlang'dan outstanding drp rakan-rakan yang lain.

Karen W said...

Nicee blog

.