Tuesday, February 17, 2009

Sukan, biar tepat dengan kehendak Islam!


Realiti Sukan

Dalam pandangan Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan. Sukan yang dianjurkan oleh Islam adalah untuk membina setiap muslim menjadi mujahid, misalnya berkuda, memanah, menembak dan sebagainya-(kekuatan fizikal bagi seseorang muslim itu selayaknya digunakan untuk berjihad di jalan Allah swt bukannya digunakan untuk bermegah-megah seperti pertandingan sukan hari ini). Istilah lahwun yang dibolehkan adalah nyanyian yang tidak mengundang perkara-perkara yang lagha seperti nasyid dan sejenisnya. Tentu ini dibolehkan selagi ia tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajiban. Oleh itu, sukan memang diperbolehkan tetapi tidak boleh hingga meninggalkan sebarang kewajiban. Sebagai contoh, kerapkali perlawanan final Piala Malaysia diadakan, ianya dimulakan pada pukul 8.45 malam, tetapi penyokong sudah berpusu-pusu masuk ke stadium seawal jam 6.00 petang. Dalam hal ini, sukan tersebut adalah haram kerana meninggalkan kewajiban solat maghrib. Imam As-Syathibi menyatakan: “hiburan, permainan dan bersantai adalah mubah atau boleh asal tidak terjadi suatu yang terlarang.” selanjutnya beliau menambah “ Namun demikian, perkara tersebut tercela dan tidak disukai oleh para ulama." Bahkan mereka tidak menyukai seorang lelaki yang dipandang tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupannya di dunia dan tempat kembalinya di akhirat kelak, kerana ia telah menghabiskan waktunya dengan berbagai macam kegiatan yang tidak mendatangkan suatu hasil duniawi atau ukhrawi.”

Apabila kita meneliti setiap sukan yang dianjurkan, ianya mesti terorganisasi supaya perjalanan sukan itu berjaya dilaksanakan. Oleh itu pasti akan dilantik para pegawai, jurulatih dan pelatih bagi setiap jenis dan peringkat sukan. Setiap peringkat mempunyai pegawai tetap, masa latihan dan jadual pertandingan. Ini menyebabkan generasi muda mula sibuk dan tidak ketinggalan golongan tua kerana perbincangan mereka selalu berkisar tentang setiap sukan yang diminati dan yang dipertandingkan. Setiap pasukan yang mempunyai penyokong setia akan menghabiskan seluruh tenaga dan wang mereka demi pasukan idola mereka. Apabila wujud pergaduhan didalam sesuatu pertandingan sukan, peminat dan penyokong sering akan campur tangan untuk ‘memeriahkannya’ seperti membaling kerusi, memukul penyokong lawan dan sebagainya. Seseorang dipukul o leh pihak lain, sudah pasti memanggil kawannya yang sama negeri, negara atau bangsa. Dan realiti ini sudah tentu membakar semangat nasioalisme yang bertentangan dengan Islam. Dalam suatu peristiwa Jabir bin Abdullah Al-Ansari telah meriwayatkan apa yang berlaku di Al-Muraysi dimana golongan munafik cuba menyalakan perasaan assabiyyah dikalangan kaum muslimin:

“Kami sedang didalam suatu sariyyah bilamana salah seorang Muhajirun telah menendang salah seorang Ansar. Si Ansar menjerit “Wahai Ansar bantulah aku” dan Muhajirin juga menjerit, “Wahai Muhajirin bantulah aku”. Mendengarkan ini Rasulullah saw berkata “Mengapakah kamu hidupkan sesuatu dari zaman jahiliyyah?”.

Oleh itu, adakah sukan seperti ini dapat mengubah keadaan masyarakat supaya bangkit untuk bersatupadu walaupun dianjurkan dikalangan anggota OIC sendiri? Hakikatnya, inilah pandangan kapitalisma tentang perpaduan antara negara. Perpaduan adalah sesuatu manfaat yang dapat dikongsi dan diraikan secara bersama. Apabila manfaat ini hilang, maka perpaduan akan hilang dan lenyap begitu saja. Oleh itu perlu kita melihat jenis ikatan yang wujud dalam masyarakat supaya kita dapat mengetahui apakah bentuk perpaduan yang sebenar menurut Islam. Di dalam buku Nidzomul Islam karangan Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, dinyatakan terdapat lima jenis ikatan yang wujud dalam masyarakat.

Ikatan patriotisme (wataniyyah): Ikatan ini muncul ketika ada ancaman pihak asing yang hendak menyerang atau menakluk sesuatu negeri. Ikatan ini bersifat sementara serta emosional sifatnya. Ianya akan hilang tatkala tiada lagi ancaman atau negeri kembali aman.
Ikatan nasionalisme (kesukuan): Ikatan yang didasarkan diatas ikatan kekeluargaan, puak atau kesukuan. Ianya muncul di antara manusia disaat pemikiran mendasar mereka adalah keinginan untuk mendominasi/menguasai satu kelompok ke atas kelompok yang lain.
Ikatan kemaslahatan: Ikatan yang didasarkan kepada maslahat yang ingin dicapai. Ianya bersifat sementara dan akan hilang apabila maslahat yang diingini telah tercapai.
Ikatan kerohanian: Ikatan yang mana aktivitinya hanya tertumpu pada aspek kerohanian semata-mata, tidak memiliki peraturan yang mengatur hidup manusia. Ianya bersifat cebisan dan tidak layak untuk menjadi pengikat di antara manusia.

Ikatan mabda’/ideologi Islam: Ikatan yang dimunculkan melalui aqidah akliah (kepercayaan yang rasional) dan menjadikan aqidah Islam sebagai asas/dasar kepada terbentuknya sistem atau peraturan hidup.

Sukan Menyuburkan Asas Assabiyyah.

Kerapkali sukan digambarkan sebagai penyatupadu kepada masyarakat, namun tanpa kita sedari ianya bakal memunculkan idea atau serangan yang amat membahayakan Umat Islam yaitu semangat nasionalisme. Apabila setiap negara yang bertanding mengidam-idamkan kemenangan berpihak pada masing-masing negara, ianya secara tidak langsung akan memunculkan perasaan nasionalisme atau cinta kepada bangsa dan negara. Mereka akan berpuas-hati dan bangga apabila pasukan sukan yang mewakili bangsa atau negaranya itu menang dan berhasil mengalahkan pasukan dari negara lain. Atlit juga berasa dihargai atas keupayaannya merangkul pingat setelah berbulan-bulan lamanya memerah keringat berlatih dengan tekun dan berusaha keras untuk meraih kemenangan ‘demi membela dan menjaga kehormatan bangsa’

Nasionalisma adalah ikatan emosional yang menyatukan hati manusia pada suatu bangsa tertentu. Nasionalisma atau kebangsaan merupakan ikatan yang sempit, yang muncul dari gharizatul baqa’ (naluri mempertahankan diri) untuk mempertahankan jati diri bangsa, fanatik terhadap bangsa dan dorongan untuk melakukan aktiviti agar menjadi pemimpin atau berkuasa keatas bangsa-bangsa lain dalam berbagai bidang kehidupan. Seperti contoh di atas bidang sukan menjadi salah satu caranya bagi seseorang mempertahankan jati diri bangsa hingga boleh mengakibatkan perasaan mendominasi dan menguasai diri muncul. Pastinya kita disajikan menerusi berita sukan akan kemenangan yang diperoleh oleh sesuatu negara apabila mengalahkan negara-negara lain dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan. Ini secara tidak langsung mendorong setiap rakyat da ri negara-negara Islam yang bertanding itu saling menyokong negara masing-masing dan dalam masa yang sama akan memperlekehkan negara-negara yang lain.

Islam telah mengharamkan nasionalisme, sekaligus mengharamkan apa jua wadah, bidang atau aktiviti yang menjurus kepadanya termasuklah keterlibatan secara langsung melalui pertandingan acara sukan sebegini. Islam telah menghancurkan Nasionalisma dan menetapkan sesiapa yang menerapkannya sebagai orang yang tidak termasuk dalam golongan kaum Muslimin. Sabda Rasulullah SAW:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ *


“Siapa sahaja yang menyeru kepada Assobiah (fanatisma golongan, seperti nasionaslima) maka ia tidak termasuk golongan kita (kaum Muslimin)”. (HR Abu Daud 4456 #).

Prof. Sergei Nihrs di Rusia pada tahun 1902 telah menerbitkan Protocols of Zion (No. 13) yang jelas menyebut bahawa gerakan Zionisme merancang agar masyarakat ketika itu terdorong untuk mengikuti pelbagai perlawanan dalam setiap jenis sukan atau hiburan yang sudah diprogramkan. Ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat dari masalah/konflik politik dengan orang-orang Yahudi. Oleh itu, apakah tindakan beberapa orang kenamaan yang sanggup ke Royal Albert Hall London baru-baru ini semata-mata untuk menyaksikan konsert hiburan penyanyi Siti Nurhaliza, serta tindakan setiap negara menghantar wakil yang terdiri dari para wartawan membuat liputan serta kontinjen atlit yang bertanding ke sukan perpaduan ini lebih penting dari menghadapi masalah yang melanda Umat Islam di Kyrgyzstan? Masalah yang tiada surutnya di Palestin, Iraq dan yang lainnya?

Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya hanya ikatan mabda’ Islam sahajalah yang mampu menyatupadukan Umat Islam, bukan dengan ikatan patriotisma, nasionalisma, ikatan berasaskan maslahat atau ikatan kerohanian. Dengan ikatan berasaskan akidah Islam, Umat Islam akan disatukan dari segi pemikiran, perasaan dan peraturan dan tidak akan ada suatu kuasa musuh pun yang akan dapat menghancurkan perpaduan yang benar dan kukuh ini. Dengan kata lain kita menyatukan setiap lapisan masyarakat dengan pemikiran yang sama, perasaan yang sama dan juga mengikat individu di dalam masyarakat dengan suatu syariat atau peraturan kehidupan dan perundangan yang sama. Ingatlah sekalipun sesama kaum kafir sering terjadi permusuhan dan perselisihan, namun apabila mereka menghadapi Umat Islam, mereka akan saling membantu dan bersatu. Padahal mereka ialah golongan kafir yang berbeza pemikiran, pe rasaan dan peraturan. Namun sebahagian dari mereka menjadi pelindung atas yang lainnya dan saling berlumba-lumba dalam mempersiapkan kekuatan untuk memerangi orang yang taat kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, Allah swt telah memperingatkan hamba-hambaNya yang beriman didalam firmanNya:

[size=14pt]وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ[/size]

“Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai Umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (TMQ Al-Anfal:73)

Konsekuensi dari ayat diatas ialah apabila Umat Islam tidak saling melindungi sesama mereka dan tidak melakukan sepertimana kaum Muhajirin dan Ansar dengan tujuan menjadi Umat yang satu, tunduk kepada sistem dan pemimpin yang satu, maka musuh-musuh akan berani melakukan perlawanan untuk menjajah Umat Islam, menjajah dan melenyapkan kekuasaan Islam. Itulah yang berlaku kini. Musuh Islam telah berjaya memecahbelahkan kesatuan Islam, melenyapkan sistem Islam, menjauhkan kaum Muslimin dari agamanya serta akidah mereka menjadi lumpuh dan mandul.

1 comment:

Anonymous said...

bgmet,letakla gambaq iffah..rindu kat ipah dgn ijah..

.