Monday, February 9, 2009

Ziarah Tn. Hj. Azizan


Petang kelmarin sekitar jam 6 ketika menjemput isteri saya dari sekolahnya saya menghubungi Ust Jamaludin, Pegawai Khas j-QAF untuk mengetahui keadaan Tn. Hj. Azizan Ibrahim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan yang khabarnya berada di wad kerana menghidap paru-paru berair.
Melalui ust Jamaludin, saya dapat tahu bahawa ust Azizan sekarang ini masih di wad 2, Hospital Pantai Utara, Sg. Petani.

Dari SK Taman Seri Wang, saya terus ke Hospital Pantai untuk menziarahi beliau. Alhamdulillah beliau kelihatan sihat namun hari ini (10 Feb) beliau akan menjalani satu proses membetulkan saluran darah ke jantung yang tersumbat.

Mudah-mudahan Ust Azizan dikurniakan kesihatan dan kembali bertugas insya-Allah..

2 comments:

chehassan said...

Saya tak dapat perkhabaran ni. InsyaAllah ptng ni boleh singgah.

MASJID BPJ said...

Sekarang dah keluar belum?

.