Tuesday, June 9, 2009

Proposal ditolak..


Isnin lalu aku ke USM bagi membentangkan proposal disertasi. Seminggu bercuti aku tak ke mana-mana..hanya utk siapkan proposal ni saja!aku emailkan proposal kepada penyelia, Dr. Jasni Sulong dan beliau bersetuju dengan tajuk yg aku pilih iaitu Takhrij dan Analisis 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman susunan Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.


Namun kuasa pemutus samada diterima atau tidak sesuatu proposal hanya dapat dibuat di dalam seminar proposal yang akan dihadiri oleh semua pensyarah yang berkaitan. Setelah aku membentangkan proposal ini ternyata tajuk ini tidak cukup 'kuat' untuk dijadikan sebagai satu disertasi dengan berbagai alasan yang diberikan oleh board pada hari itu yang diketuai oleh Dr. Radzi Othman..


Apa boleh buat..kena la cari tajuk lain plak dan buat plak proposal baru untuk dibentangkan dalam seminar akan datang!kawan-kawan ada cadangan ker?


Haa..result semester 2 keluar ari ni, alhamdulillah lulus dengan baik!

4 comments:

Amri dan Aishah said...

الله يفتح ويسهل عليك!

~ziha~ said...

sabaq na...cube lg!!!=)

Anonymous said...

A'kum...Mg khayr dan Allah SWT sentiasa memberi pintu al-futuhwal airfan kepada akhi.

Barangkali buku tersebut berbentuk himpunan hadis(muqhthotofat)daripada ummahatul kutubil ahadith dan kajian kritikan terhadapnya kurang ilmiah dll.

Saya mencadangkan akhi pilih sebuah buku/kitab hadis contoh at-Tazkirah karya Imam al-Qaartuby dan buat penilaian dll sebahagian bab/tajuk dll.

amrusyam said...

syukran syeikh atas pandangan..ana cuba cari insya-Allah kitab yg anta maksudkan tu!

.