Tuesday, May 29, 2007

Akhirnya kesempatan muncul jua..




Setelah hampir sebulan blog ini disiapkan dengan ala kadarnya, akhirnya kesempatan untuk mencoret sesuatu buat tatapan semua muncul jua. walaupun sebenarnya hasrat hati amat ingin mensuakan apa yang terlintas dibenak, namun kekangan masa amat mendesak agar ditangguhkan dulu buat seketika.

sepanjang bulan Mei ini banyak peristiwa yang berlaku. dari yang terbaik kepada yang amat-amat dikesali. cuti 1 Mei diiringi dengan cuti Wesak pada 2 Mei dan juga cuti peristiwa sempena Festival Kesenian Islam 2007 yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Tunku Ismail (akan aku ceritakan lanjut selepas ini) cukup memberi ruang untuk aku sekeluarga pulang bercuti ke rumah mertua di Tangkak, Johor. sementelah, kali terakhir kami balik ke Tangkak pada cuti hujung tahun yang lalu. perjalanan menaiki bas ke destinasi akhir yang mampu kami dapatkan hanyalah ke Melaka. tak sangka pula ramai yang turut mengambil kesempatan seperti kami untuk pulang bercuti ke kampung terutama di selatan.

bercuti memberi peluang kepada aku untuk menyiapkan data sekolah yang tak siap-siap lagi. tension jugak dengan data ni. namun demi tugas aku cuba siapkan jugak. alhamdulillah, data tu dah pun aku serahkan pada 'bos' aku yang 'non sense' pada hari terakhir persekolahan baru-baru ni.

sebelum terlupa, nak aku kongsikan tentang Festival Kesenian Islam 2007 yang berlangsung pada 30 April yang lalu. program yang aku kira ad-hoc, apatah lagi ia kurang mendapat sokongan dari pihak pentadbir sekolah kerana alasan aku lambat mengemukakan kertas kerja. namun aku tekad untuk meneruskan program ini walaupun aku sedar risikonya sekiranya program ini tidak seperti yang diharapkan. alhamdulillah, berkat sokongan dari setiap anggota panitia, program dapat berjalan dengan lancarnya bahkan mendapat sambutan yang amat luar biasa dari para waris dan juga rakan-rakan guru yang pada mulanya agak tertanya-tanya tentang format sebenarnya perjalanan program ini.

alhamdulillah, perjalanannya begitu lancar. walaupun ada sedikit cacat cela yang boleh diperbaiki, ianya tidak sedikit pun mencacatkan seluruh perjalanan program besar ini. program yang bermula dari awal pagi 30 April yang menampilkan satu pertandingan kesenian Islam dengan penyertaan melalui rumah-rumah sukan seperti zamrud, delima, nilam dan mutiara.

terkesan dengan minat almarhum Tuan Guru Syeikh Niamat Yusof terhadap sastera dan puisi. bahkan sering terlibat secara langsung dengan program-program berkaitan sastera, puisi dan kesenian Islam membuatkan rasa ingin berkongsi dan membawa hasrat dan impian almarhum dalam memajukan kesenian dan sastera Islam ke tengah masyarakat terlaksana dengan jayanya. sebab itu, timbulnya idea untuk anjurkan festival ini.

apa pun, insya-Allah lain masa program-program ini seperti akan diteruskan apatah lagi dorongan yang diterima dari pihak atasan juga amat menggalakkan. mudah-mudahan kesenian Islam ini akan menjadi hiburan alternatif kepada semua lapisan masyarakat ke arah mencapai redha Allah S.W.T.


sehingga berjumpa lagi..

Wednesday, May 2, 2007

bicara awal..

assalamualaikum..
apa khabar rakan-rakan yang mengenali? ini satu permulaan dari saya.. insyaAllah lain masa akan ku penuhi blog ini dengan perkara yang cukup bermanfaat buat semua..
jumpa lagi..
wassalam..

.