Thursday, February 5, 2009

Al-Fatihah Buat Tokwan..


Pagi 4hb. Februari yg lalu tidak berbeza dengan pagi-pagi yang lain..suasana sejuk pagi dengan angin timur musim kemarau tidak sedikit pun berubah suhu. aku bangun seperti biasa utk menguruskan diri, solat subuh dan menyiapkan anak-anak utk dihantar ke PASTI dan nursery..isteri juga awal lagi bangun utk menggosok segala uniform utk kegunaan hari ini, tidak ada apa yg berubah pun!

selesai solat subuh, aku terus bersiap dan mengenakan pakaian utk ke sekolah..begitu juga isteri yg hari ini baru hari kedua beliau bergelar sebagai seorang guru di SK Taman Seri Wang.

sekitar jam 6.45 pagi, kami bergerak keluar dari rumah..destinasi pertama adalah nursery anak kecilku, Iffah yg cuma berselang 6 pintu dari kediaman kami. kemudiannya terus ke PASTI tempat anak sulungku belajar berdikari. dari situ aku terus memandu utk menghantar isteriku ke sekolahnya..sama laluannya utk ke sekolah aku!

ketika aku hampir sampai ke sekolah isteriku, aku dikejutkan dengan panggilan telefon..aku lihat di skrin telefon tangan milikku tertera nama 'abah'. jarang jugak abah menelefon pagi-pagi mcm ni apatah lagi dia sendiri pun sibuk bersiap utk ke sekolahnya. ternyata panggilan itu bukan panggilan yang biasa..dengan suara yg tersekat-sekat, abah memaklumkan bahawa tokwan ku yg satu-satunya telah kembali ke rahmatillah sekitar jam 6 pagi tadi ;( perasaan sedih dan pilu terus menyelubungiku saat itu!aku kehilangan seorang yg amat rapat dengan kami sebagai cucu..aku tak dapat menahan kesedihan ini..air mata terus mengalir tanpa dapat ku tahan lagi..

aku terus memandu ke sekolah utk bertemu Guru Besar bagi mendapat perlepasan bagi menziarahi jenazah di Kampung Sg. Ular, Kulim.

dari sekolah aku terus menjemput isteri dan anak sulungku..anak kecil aku tinggalkan bersama pengasuhnya!jam 9 pagi aku tiba di Sg. Ular..orang ramai memenuhi kawasan rumah usang milik tokwan yg ditinggalkan buat selamanya..aku terus ke dalam utk melihat tokwan yg terbujur kaku di atas katil bujang, aku menjadi semakin hiba dan pilu..2 minggu lalu ketika pulang menziarahi, tokwan masih sihat walaupun umurnya sudah mencecah 84 tahun!

sekitar jam 1.30 ptg, jenazah dibawa ke masjid utk disolatkan dan seterusnya diiring ke tanah perkuburan..aku diberi penghormatan utk bertalkin dan aku mengambil kesempatan ini utk mengajak seluruh yg hadir di perkuburan ini agar merasa insaf dengan kematian yg pasti dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa..

kepada tokwan..semoga rohmu dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, amin!

Al-Fatihah..

5 comments:

Anonymous said...

walaupun jauh kami tetap menghadiahkan fatihah wat tok wan yang kami kenali. sedihmu sedih kami jua.takziah semoga tokwan bersama roh orang yang beriman

chehassan said...

Takziah ustaz dan keluarga. Pemergian yang tiada gantinya.

Anonymous said...

takziah ustaz,

Mudah-mudahan tokwan dirahmati Allah s.w.t dan bersama para solihin...

Anonymous said...

a'zhomallahu ajrak wa ahsana 'iza'ak..

Anonymous said...

takziah...dyh baru tau..al-fatihah

.