Tuesday, December 23, 2008

"Biar orang tabik kat kita.."

Nak kena tabik jadi pegawai polis la.. Mungkin itu yg selalu kita bayangkan. tapi ungkapan "Biar orang tabik kat kita.." ni dari GB saya dalam bengkel headcount hari ni! memang tak nafikan GB baru SK Tunku Ismail ni seorang yg agresif dan komited dgn tugas...tak mau ceroi2 dlm tugas!menariknya ungkapan ini dilontarkan kepada guru-guru sebagai satu cabaran agar melakukan lonjakan ke arah kecemerlangan akademik, tak terlepas juga kecemerlangan j-QAF yg dah masuk tahun ke-5.
Bengkel Headcount yg dilangsungkan pagi tadi di bilik mesyuarat SKTI merupakan satu diantara program gerak kerja 2009 yg dilancarkan pada 21hb. Disember 2008 baru ni pada mesyuarat guru kali-1 2009.
dah lama sebenarnya dok dengar perkataan headcount ni..bahkan GB sebelum ni pun pernah menjemput seorang pakar headcount membentangkannya kepada guru-guru..tapi saya tak faham jugak pun!tapi kali ini dgn penerangan dan ruang yg diberikan dan dibentangkan oleh Tn. GB sendiri, baru la saya dapat memahami kepentingan headcount sebagai satu keperluan yg mendesak tatkala kita menyusun dan merancang strategi P&P yg berkesan.
saya hanya fokus kepada B. Arab sebenarnya..saya akui masih banyak ruang yg perlu diperbaiki samada dari sudut perancangan, persembahan P&P dan tindakan sesudah P&P dijalankan. bahkan program-program peningkatan akademik pun masih belum bernafas sepenuhnya!banyak idea dan perancangan yg bersarang dalam kepala ni namun kelemahan yg ketara ada pada saya ialah utk write down segala idea tersebut dan melaksanakan segala perancangan!
pernah beberapa kali saya berbicara empat mata dgn GB dan saya dapat merasakan betapa harapan beliau buat saya dan rakan j-QAF yg lain amat besar dan saya terima ini sebagai satu cabaran dan seterusnya sebagai satu dorongan utk saya melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan ini..yg penting tahu meletak diri itu di mana dan kata-katanya hari ni dapat saya fahami bahawa guru-guru semua harus membuktikan kehebatan sebagai seorang guru yg cemerlang sehingga GB boleh salute kat dia.
Dalam cuti ari tu ada jugak SMS kawan2, nak kongsi la sikit2 bentuk program B. Arab yg dirancang diperingkat sekolah..antara yg menarik saya terima ialah program seperti Explorace lughawi dan satu program ala 'Spell it right'..menarik juga tapi nak laksanakan mcmana??
tungguu..minggu pertama persekolahan kami akan bincangkan dalam mesyuarat AJK j-QAF Daerah KMY tentang format dan bentuk program ini!

2 comments:

Anonymous said...

Very good!

chehassan said...

Ikhlas. "Biar orang tabik kat kita". Saya sangat berharap luahan dan pujian dalam penulisan ini ikhlas dan disertai dengan bukti bahawa kefahaman dan kesungguhan membuahkan hasil yang cemerlang. Sekolah kita sangat memerlukan perubahan. Saya tidak berniat menekan rakan2 guru, tetapi saya penuh yakin kita boleh dan kita yang terbaik. Saya bersyukur diberikan anak buah yang berpotensi besar dalam cabaran yang juga besar ini. InsyaAllah.

.