Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha 1429 Hijriah


Hari ini umat Islam seluruh dunia menyambut Aidil Adha disaat hampir 3 juta umat Islam dari pelusuk dunia tertumpu ke Kota Suci Mekah bagi menyempurnakan rukun Islam kelima iaitu haji ke Baitulah! Tahniah kepada mereka-mereka yang telah dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamuNya pada musim haji kali ini..bertuah dan beruntunglah mereka yang dikurniakan haji mabrur, kemuncak kepada kesempurnaan ibadah haji yang diterima oleh Allah.

saya dan keluarga menyambut aidil adha kali ini di rumah mertua di Tangkak, Johor. semua ini kerana isteri saya 'berpantang' di sini setelah selamat melahirkan anak kedua penghujung Oktober lalu. Suasana aidil adha kali ini tidak begitu terasa apatah lagi sejak awal pagi lagi hujan turun mencurah-curah sehingga menjengah tengahari. bilangan jemaah yang memenuhi ruang masjid di Bandar Tangkak ini juga hanya separuh sahaja berbanding raya puasa yang lalu..mungkin juga kerana aidil adha ini cuti hanya sehari saja!

lepas solat zohor baru saya dan keluarga keluar menziarahi nenek dan atuk di Payamas, Tangkak. ramai jugak yg ada disitu.. Paktam, Pak Syam, Cik Mir dan lain2!

petang tadi kami telah dikunjungi oleh keluarga abang Ahmad Kamal Aminon..keluarga ini sebenarnya saya kenali ketika saya masih di Syria dan beliau kebetulan bertugas di sana sebagai jurutera bagi sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Ericcson. ketika ini beliau menjawat jawatan sebagai director di Parecell (M) Sdn. Bhd yg terletak di Cyberjaya.. syarikat ini sebenarnya beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan membuka cawangannya di Malaysia.

Bersama abg Kamal dan anak bongsunya Muhammad, kelahiran Damascus.
Abang Kamal ini yg berasal dari Felda Seri Ledang, Tangkak merupakan seorang yg cukup istiqamah dalam perjuangan Islam. bahkan beliau banyak membantu kami, pelajar-pelajar Malaysia di Syria dulu utk memahami erti perjuangan Islam yg sebenar. Isterinya juga turut memainkan peranan sesuai dgn tugas beliau sebagai guru pendidikan Islam di Sek. Men. St. Paul, Seremban.

1 comment:

Anonymous said...

cool blog

.